12 Reka Bentuk Dapur Pelan Terbuka Untuk Peminat Rancangan Masakan
Rekaan Dapur Impian
Adakah
anda penonton setia saluran Food Network dan Asian Food Channel di Astro?
Jika
anda peminat rancangan masakan, anda pasti akan perasan yang setiap rancangan
itu akan mempunyai set program yang hampir sama. Chef atau pengacara program akan melakukan demo masakan di ‘island kitchen’ yang cantik, menghadap
penonton (atau kamera). Dan jika anda seperti saya, anda mesti sudah lama
menyimpan impian untuk mempunyai dapur yang luas dan cantik seperti dapur milik
Ina Garten dan Giada.
Tapi
anda mungkin terfikir, adakah reka bentuk dapur seperti dalam rancangan masakan
itu boleh dibuat di rumah anda? Semestinya boleh!
Ramai
pereka hias dalaman atau interior designer tempatan yang sangat berbakat
dalam mereka bentuk dapur yang moden untuk rumah di Malaysia. Jika anda ingin
lihat buktinya, di sini saya telah kumpulkan 12 reka bentuk dapur yang paling
saya suka (dan saya pasti anda juga pasti akan suka) oleh pereka hiasan dalaman
tempatan yang sangat kreatif!
1. Kondominium di Casa Tropicana, Tropicana
Dapur
jenis pelan terbuka atau open plan dengan
kabinet serba putih dan permukaan kaunter marmar yang bersambung dengan ruang
makan. Rekaan ini membuatkan ruang yang kecil nampak lebih luas.
Projek oleh: Pocket Square
2. Kondominium di Cheras
Dapur
yang bertemakan hitam dan putih ini dilengkapi dengan island counter merangkap
meja sarapan. Dapur ini nampak sangat moden apabila ianya dilengkapi dengan
ketuhar dan pemanas gelombang mikro yang dipasang dalam kabinet dapur.
3. Rumah Teres di Temasya Citra, Glenmarie
Dapur
moden kontemporari ini menggunakan kombinasi kayu dalam tona cerah, putih dan
sedikit hijau untuk menambah seri. Gunakan banyak warna putih untuk ruang dapur
yang sempit agar ruang tersebut tampak lebih luas.
Projek oleh: Meridian-inspiration-sdn-bhd
4. Banglo di Bangsar
Dapur
minimalis yang dilengkapi dengan kabinet yang banyak untuk menyimpan peralatan
masakan serta pinggan mangkuk. Oleh kerana dapur ini agak luas, pereka hias
dalaman membuat keputusan untuk memenuhkan ruang itu dengan island counter yang besar.
Projek oleh: Meridian-inspiration-sdn-bhd
5. Rumah Teres di Ara Damansara
Dapur
moden yang menggunakan warna khaki dan putih ini nampak sangat kemas. Ruangan
dinding dan bawah island counter dilengkapi dengan kabinet untuk
menyimpan peralatan dapur.
Projek oleh: Meridian-inspiration-sdn-bhd
6. Banglo di Shah Alam
Hiasan
dapur ini kelihatan mewah dengan kombinasi warna hitam, putih dan kelabu.
Marmar hitam di permukaan kaunter dipadankan dengan laminate dengan corak marmar putih pada bahagian bawah kabinet dan backsplash.
Projek oleh: Hatch Design
7. Banglo di Presint 11, Putrajaya
Dapur
moden kontemporari ini menggunakan kombinasi kayu asli dan warna putih. Tombol
kabinet jenis sorok dan moden membuatkan kabinet di dapur ini nampak kemas dan
bergaya.
Projek oleh: Senihomes
8. Kondominium di Serin Cristal Residence, Cyberjaya
Dapur
bertema industri dengan pelan terbuka ini mengenakan teman hitam, putih dan
kelabu. Walaupun ruang terhad, pereka hias dalaman ini tetap berjaya
melengkapkan dapur ini dengan dapur masak, ketuhar, pemanas gelombang mikro dan
sinki yang besar.
Projek oleh: La Conception Hauz
9. Banglo di Mont Kiara
Dapur
ini kelihatan seperti salah satu dapur dalam filem Hollywood. Kaunter berbentuk
L ini sangat berguna jika anda hendak membuat persiapan memasak dalam jumlah
yang besar dan sebagai kaunter bufet semasa
kenduri.
Projek oleh: Hatch Design
10. Kondominium di Cheras
Lagi
dapur minimalis yang sangat kemas dan moden. Semua peralatan elektrik dan
pinggan mangkuk disimpan rapi di dalam kabinet built-in yang ditempah khas mengikut tema.
Projek oleh: QM-design-sdn-bhd
11. Kondominium di Ukay Heights, Ampang
Dapur
yang sangat ceria dan funky ini
betul-betul melambangkan personaliti pemilik rumah ini. Kabinet yang ditempah
khas itu telah mengambil kira ruang untuk ketuhar, dapur memasak dan mesin
pencuci pinggan. Rak jenis terbuka pulak digunakan untuk menyusun rapi barang
makanan kering.
12. Rumah Semi-D di Ecohill, Semenyih
Reka
bentuk dapur jenis terbuka dengan hiasan dalaman moden klasik ini menggunakan
blok konkrit di bahagian bawah island
counter sebagai hiasan. Kabinet dengan kemasan warna kayu asli
pula ditempah khas mengikut saiz dapur tersebut.
Projek oleh: Amorphous Design
Semasa saya mengumpul gambar hasil kerja
pereka hias dalaman tempatan di atas, saya sangat kagum dengan kebolehan
mereka. Mereka berjaya menjadikan ruang dapur yang kecil itu praktikal dan
menarik dalam masa yang sama. Ternyata bakat mereka setanding dengan pereka
hias dalaman luar negara.
Jika anda mahukan
nasihat dan konsultasi daripada pereka hias dalaman tempatan, layari Recommend.my. Recommend mempunyai lebih 800 penyedia
khidmat profesional sedia untuk memberi idea baru yang menarik untuk rumah
anda.
0 Comments