Korang biasanya berbuka puasa dengan apa? Makanan berat atau ringan-ringan sahaja?  Akak sekeluarga biasanya berbuka dengan kuih-kuih dan buah-buahan dahulu.  Kadang-kadang mee goreng, murtabak ataupun roti.  Akak sendiri jarang makan nasi, nasi makan masa sahur tapi dah masak siap-siap lauk-lauk  sebelum berbuka. Memandangkan puasa kali ini sama dengan cuti sekolah, memang kena siap-siap masak semua. Nanti ada pulak yang minta makan nasi terutama lepas balik tarawih.

Tapi bila hari-hari jamu menu yang hampir sama, teringin juga nak makan yang lain.  Kalau tanya anak-anak, mesti ada yang bersuara ..... jom makan pizza! Peminat pizza ramai dalam rumah ni. Untuk pengetahuan korang, Pizza Hut Malaysia telah mengumumkan pizza istimewa iaitu Loaded Pockets yang ditampilkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang. 

Pizza Hut Loaded Pockets - Juadah Beraneka Memikat Selera Di Bulam Mulia

Pizza Hut Loaded Pockets, dipenuhi dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi citarasa semua. Pizza ini merupakan ciptaan rasa yang harmoni bagi menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir..  Pizza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara bermula pada 11 Mei sehinggan 21 Julai 2017.  Dengan slogan 'Juadah Beraneka Memikat Selera di Bulan Mulia', pizza Loaded Pockets menampilkan 12 kerak poket yang padat berinti dan menyelerakan.  Setiap satunya berisi ayam serta cendawan serta ditabur dengan keju cheddar bagi menghasilkan lebih kerangupan.


Pizza hut malaysia, menu berbuka puasa, pizza loaded pocket, pizza kombo
Hmmm...yummy!


Dengan kombinasi bahan-bahan segar yang pastinya menggamit selera seperti lada benggala, cebisan nanas, bawang yang dikaramel dan ayam berempah manis, pizza baru ini pasti akan membangkitkan selera anda.

Harga Menarik Pasti Tertarik

Hmmmm....macam menarikkan untuk dicuba. Kalau tak sempat memasak ni memang boleh sangat dijadikan hidangan berbuka puasa. Pizza Loaded Pockets baru ini boleh didapati menerusi pesanan ala carte pada hanya RM32.50 manakala kombo pula hanya ditawarkan untuk makan di restoran.  Pizza Hut turut menawarkan pilihan kombo menarik untuk dua orang dan empat orang bagi mereka yang inginkan penjimatan hebat.


Pizza hut malaysia, menu berbuka puasa, pizza loaded pocket, pizza kombo


Pizza hut malaysia, menu berbuka puasa, pizza loaded pocket, pizza kombo
Pelancaran Loaded Pockets bersama duta Pizza Hut Malaysia Fathia Latiff


Setiap kombo mengandungi satu pizza Loaded Pockets bersaiz sederhana (kombo untuk empat orang termasuk satu lagi pizza kegemaran bersaiz sederhana), sup cendawan, pelbagai pilihan minuman seperti Shaken Ice Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips & dips, caesar salad, garlic bread, crispy fries dan pencuci mulut puding ros.  Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang dan RM79.90 untuk empat orang.


0 Comments