Piknik Asam Pedas Melaka
Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Macam dah jadi kebiasaan pula, di mana-mana ada sahaja program makan-makan diadakan sebelum mula berpuasa. Akak throwback kisah minggu lepas bilamana hasil dari sembang-sembang dalam group watsap ibubapa sekolah abang irfan, tiba-tiba tercetus pulak idea nak buat piknik sambil masak-masak dengan menu utama asam pedas Melaka.
Asam Pedas Melaka Pilihan Ramai
Tak sangka betul ramai peminat menu asam pedas melaka ni. En Hubby kata - Asam Pedas Melaka Pilihan Ramai. Menang undi terus. Dalam group tersebut ada beberapa orang yang memang berasal daripada Melaka. Oleh kerana ramai yang tahu en hubby pandai memasak, maka tanggungjawap sebagai ketua tukang masak jatuh pada en hubby dan secara tak langsung akak pun kena tempiasnya juga. Jom kita masak asam pedas melaka pilihan ramai!
Dari mula sampai, masing-masing tak duduk diam. Ada yang bawa potluck untuk sarapan, ada yang bawa kudapan sambil bekerja sambil mengunyah. Macam-macam cerita keluar. Darihal anak-anak sampailah minat dan kerja dikongsi bersama.
Akak dan en hubby pula, awal pagi dah menyusun barang-barang dalam kereta. En hubby sebelum subuh dah ke pasar untuk mencari ikan pari yang jadi permintaan ramai.
Seronok bila ramai-ramai masak sama-sama. Bukan sahaja menu asam pedas, ada juga menu lain yang dibuat secara potluck sebagai tambahan. Suasana tambah seronok bila ada riuh anak-anak bermain kejar-kejar. Bagi mengisi masa yang ada sementara menu utama dan nasi siap dimasak, pihak sekolah memperkenalkan satu lagi sukan baru yang boleh disertai oleh pelajar sekolah. Nama sukannya Woodball. Akak tak berkesempatan pulak nak cuba memukul bola dengan kayu yang disediakan. Harap lepas ni boleh lah cuba-cuba. Nampak macam menarik.
Bila semua dah berkumpul, sedikit kata-kata aluan disampaikan. Lepas sesi bergambar, terus intro pada sukan woodball dibuat. Akak pandang dari belakang sajalah!
Sejujur kata, memang akak tak pernah masak untuk jumlah yang ramai. Biasanya paling ramaipun sediakan masakan untuk 20 -30 orang aje. Walaupun menu asam pedas melaka ni, memang dihujung jari aje cara-caranya tapi kalau silap langkah boleh tak menjadi!
Haa...macamana? Boleh ambil tempahan kenduri dah ni! Menjadi jugak. Sama macam masak untuk keluarga. Yang penting rasanya tak lari dengan masak kat rumah.
Ni yang paling akak suka.Ulam-ulaman yang pelbagai, ada sambal macang dan cencaluk juga. Akak ratah je ni sambil cicah sambal.
Ikan keli bakar. Menyelerakan!! Sempat rasa sedikit . Akak memang hantu ikan bakar. Kalau perapannya sedap maka sedaplah ikan bakar yang dihidangkan. Makan dengan nasi putih sahaja pun dah boleh buat bertambah-tambah. Abes bila nak kurus ?...
Gabungan pengalaman en hubby dan kecekapan yang ada maka terhasillah asam pedas ikan pari untuk santapan semua yang hadir lebih kurang dekat 100 orang juga. Hasilnya tidak mengecewakan. Yang penting semua suka. Yang tak pernah mencuba pun, sama-sama merasa. Seronoknya bila ada yang datang hampir dan kata ...lain kali kita masak lagi ye! Boleh share sikit-sikit je gambar, banyak yang dalam kamera orang lain. Kalau nak kumpul semua takut terus lupa nak update entry.
Next time kita masak lagi..tapi kali ni nak cuba menu negeri lain pulak!
3 Comments
Bendi cicah cili kicap... Nyum.nyum
ReplyDeleteSedapnyaaa asam pedas. Terliur tengok :)
ReplyDeleteyum yum...sedap ja tengok asam pedas...bendi ikan keli...fuhhh menggoda
ReplyDelete