Buffet Citarasa Bonda Resepi Malaysia Indonesia di Hotel Neo Plus Penang
Bila tiba bulan Ramadhan, ada banyak hotel yang menyediakan makanan buffet untuk berbuka puasa. Bulan sahaja untuk Ramadhan, boleh juga menikmati hidangan buffet untuk hari-hari istimewa keluarga seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, hari lahir dan sebagainya.
Buffet Citarasa Bonda Gabungan Resepi 2 Negara
Baru-baru ini akak dan keluarga berkesempatan mencuba hidangan buffet di Hotel Neo Plus Penang. Menariknya buffet ini kerana ia menggabungkan resepi 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Waalaupun nampak macam dari rumpun yang sama tetapi masing-masing ada keistimewaannya.
Apa Menu Yang Menarik
Terdapat banyak menu menarik yang dihidangkan di sini. Nak pilih pun tak tahu yang mana satu, rasa macam nak mencuba semua. Korang boleh pilih dari appetizers, salad, makanan utama, pencuci mulut dan minuman yang bermacam-macam jenis.
Antara menu yang ada ialah ulam-ulaman, pelbagai jenis kerabu,sup dan salad sebagai pembuka selera. Untuk menu utama pula, korang boleh pilih nak makan nasi atau yang berasaskan mee seperti mee goreng mamak, mee goreng jawa, kuey teow goreng dan sebagainya.
Hidangan lauk pauk juga tidak kurang menariknya. Ada yang pedas, lemak dan sebagainya yang pastinya memenuhi citarasa pengunjung. Terdapat udang masak lemak, opor ayam, sotong kung po, udang tumis sambal, daging empal, lontong jawa, kailan goreng sos tiram, beef balado, ayam goreng berempah, sambal sotong petai.
Terdapat juga ikan pari bakar cicah air asam, nasi ayam, sate ayam dan daging dan yang pastinya paling menarik ialah kambing golek. Bertambah-tambah adik wan makan.
Selepas makan dah tentu nak rasa pula hidangan pencuci mulut yang sedap-sedap. Pelbagai dessert menarik disediakan. Antaranya bubur, kuih-kuih tradisioanl seperti kuih keria, lepat ubi, kuih seri muka, kuih ketayap dan kuih lapis. Bagi peminat kek pula, ada berjenis-jenis kek yang dihidangkan seperti creme brulee, chocolate butter cake, red velvet, marble cake, carrot cake,brownies dan juga puding. Memang menarik dan sedap!
Untuk anak-anak juga disediakan ais krim pelbagai perisa dan air batu campur. Selain itu buah-buahan juga ada dihidangkan.
Tempahan Dan Info Lanjut
Promosi buffet ini akan berlangsung bermula daripada 1 - 23 June 2017, dari jam 6.30pm sehingga 10.00pm. Harga yang ditawarkan amatlah bersesuaian dengan pelbagai menu yang disediakan iaitu :
Dewasa RM58 nett
Warga Emas RM48 nett
Kanak-kanak RM28 nett
Untuk mengelakkan korang kecewa kerana tidak dapat tempat, pastikan korang buat tempahan awal dengan menghubungi nombor di bawah :
Hotel NEO+ Penang by ASTON
68, Jalan Gurdwara
10300 Georgtown, Penang, Malaysia
Tel : 604-2551000 ext 1103
Email : penangprm@neohotel.com
Website : HOTEL NEO PLUS PENANG
Untuk makluman korang juga, hotel Noe Plus juga mempunyai rangkaian hotel yang menarik di Indonesia. Jangan lupa lawat laman sesawang di atas.
2 Comments
emm, nasib baik bca entry ni pgi2, xrasa lapaq sgt, hehehe..
ReplyDeleteBoleh tahan jugak semua makanan sedap
ReplyDelete