Assalamualaikum wbt.  Hari pertama sampai Melaka mesti cari lauk kegemaran walaupun boleh suruh kakak masakkan tapi nak cuba juga kat lokasi kegemaran pengunjung di negeri Melaka ni.  Okay, kita terjah Asam Pedas Pasar Borong di Batu Berendam Melaka.  Daripada review yang dibaca dan cadangan kawan-kawan di Melaka, kami nak kena cuba.  Family cooking tu jadual esok pulak.

Asam Pedas Pasar Borong

Melaka dan asam pedas memang tidak dapat dipisahkan.  Jenama kuat tu!  Kalau kat ofis pun, bila sebut asam pedas pasti Melaka jugak jadi sebutan.  Kalau sampai Melaka memang banyak restoran atau kedai makan yang menghidangkan menu asam pedas ni. Tapi tak semuanya kena dengan citarasa akak.  Kena cari yang betul-betul ngam dengan citarasa akak.  

Malam tiba kat Melaka tu, en hubby terus minta setkan lokasi terdekat asam pedas tapi biar menarik.  Jumpa satu tak lah jauh sangat tapi beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja. Cari lagi. Akak teringat kawan-kawan ada cerita tentang Asam Pedas Pasar Borong di Batu Berendam. Tak fkir panjang dah...terus terjah.

Apa yang menarik di sini? 

Hidangan nasi disertakan dengan sebelah telur masin, sedikit sayur dan papodum.  

makanan sedap, asam pedas melaka

Semua hidangan asam pedas dihidang dalam bekas claypot.  Ada pelbagai jenis asam pedas daripada telur ikan, ikan pari, ikan jenahak samada isi atau kepada dan juga daging tetel.  Sampaikan tak tahu nak cuba yang mana.


makanan sedap, asam pedas melaka

Yang ni asam pedas daging tetel. Pilihan akak. Bila sampai ramai pulak yang tumpang sama. 


makanan sedap, asam pedas melaka


Asam pedas isi ikan jenahak untuk anak-anak. En hubby order asam pedas telur ikan tenggiri.  Lupa pulak ambil gambar sebab dah sibuk makan.

Orang memang ramai kat sini.  Tapi masa kami sudah makan tu hari dah mula hujan gerimis. Mujur dah kenyang. Cepat-cepat bayar dan gerak balik.

Pada yang nak cuba boleh singgah kat area pasar borong ni.  

12, Jalan Iks.M4, Taman Merdeka Permai, 75350 Melaka, Malaysia

5 Comments