Assalamualaikum wbt.  Hari terakhir bercuti sebelum mula bekerja untuk tahun 2017 esok.  Memang blur lah hari mula masuk kerja lepas cuti lama. Yang menarik lagi bila bos dah susun jadual meeting di awal minggu pertama kat ofis. Ohhh ..bos ku yang penuh dengan pelbagai aspirasi untuk tahun 2017.

Biarkan bos dengan aspirasinya. Ni akak nak bagitau, korang suka makan sambal belacan? Satu ketika dulu, sambal belacan bukanlah pembuka selera makan akak. Selalu dok fikir kenapalah orang suka sangat makan sambal belacan. Atau mungkin akak tak terror nak buat sambal belacan?

Itu dulu, masa bujang. Anak Melaka, lidah lebih serasi dengan rasa cencaluk. Bila dah berkahwin, selera pun sikit-sikit mula bertukar.  Sekarang ni kalau takde sambal belacan rasa macam tak lengkap menu makan. Bukanlah setiap hari, tapi dalam seminggu tu mesti ada menu yang boleh dipadankan dengan sambal belacan ni. 


sambal belacan sedap, sambal belacan bakar,sambal belacan tahan lama


Nak tahu cara akak buat sambal belacan sedap? Mudah sangat.  Biasanya kita guna cili merah, belacan, air asam jawa dan garam. Tumbuk atau kisar. Itu yang biasanya. Cara akak lain sikit.  Selain daripada cili merah, akak juga masukkan cili padi beberapa biji, suku biji bawang besar, belacan bakar, air asam sedikit pekat dan garam, barulah dikisar. Akak kisar aje lagi mudah, tak perlukan terlalu halus. Lepas tu korang rasalah cukup masin atau tidak. Sebelum dihidang, akak akan potongkan sedikit limau nipis dan perahkan ke dalam sambal tadi. Kulit limau nipis tu akak hiris halus dan masukkan dalam sambal dan gaul.  Kalau ada belimbing buluh pun boleh juga di lenyek-lenyek bagi hancur dan campurkan dalam sambal.  Kalau korang guna belimbing buluh tak perlulah letak limau nipis, kang masam pulak jadinya sambal belacan korang. Hidanglah dengan ulam-ulaman dan ikan goreng.  Makan lauk ni saja pun dah berselera.  Kalau semua ahli ada kat rumah ni, setakat semangkuk kecil tu sekali makan aje.

Tak percaya? Cuba korang buat....

1 Comments

  1. walaupun saya tak makan ulam.. yang tengok ni pun dah menyelerakan ^^

    singgah sini
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete