Assalamualaikum wbt.  Tengah-tengah pening tengok email berlambak-lambak, ada pulak announcement bagitau truck Prego tengah buat promosi.  Promosi apa? Macam menarik aje maklumkan antara makanan kegemaran akak kan pasta. Member ajak turun..jom!!

Promosi Prego Harga Menarik

Rupa-rupanya depa ni tengah buat promosi jualan sos prego dan pasta dengan harga RM8 sahaja.  Beli dua set dapat free satu tabung tin. Macam tau-tau aje depa ni akak punya stok sos dan pasta dah habis kat rumah. Baru saja semalam selesai dan memang dalam perancangan untuk re-stok.  Ok akak terminat dan terbeli.


promosi prego, prego malaysia, pasta sedap, sos carbonara

Setiap set ada 1 tin sos prego, satu pek speghetti, sekeping kad yang ada resepi speghetti carbonara dan bolognese dan beg yang hijau tu.


Beli satu set saja. Lepas tu selfie-selfie sekejap dengan adik-adik yang buat promosi tu.  Promoter ni kalau pandai cakap memang seronok layan.  Dapat pulak kawan rajin bertanya.  Sambil-sambil dapat makan pasta percuma. Hilang sekejap stress kerja!


promosi prego, prego malaysia, pasta sedap, sos carbonara

Selfie wajib bersama blogger CahayaHayati. Kami sama ofis. Ko layankan je la akak-akak ni dik!


promosi prego, prego malaysia, pasta sedap, sos carbonara

Satu tak cukup, ambil dua. Memang adik tu paksa ambil dua jugak. 


Untuk pengetahuan korang, sekarang ni memang ada peraduan Jom Makan & Menang bersama Naz dan Chef Riz. Prego Truck ni salah satu cara promosi yang digunakan untuk memperkenalkan lagi produk ni.  Korang bolehlah masuk fb Prego Malaysia untuk maklumat lanjut.

1 Comments

  1. IQ selalu beli prego ni dan buat pasta untuk anak IQ, hari ni first time beli makaroni prego, mcm kurang sket, mungkin sebab tak rebus makaroni tu lama

    ReplyDelete