Kalendar Satu Mukasurat
Asslaamulaikum wbt. Bila masuk tahun baru mesti nak kalendar yang baru. Buat kalendar plannerlah, diari, setkan kat handphone, komputer dan macam-macam lagi. Akak pun suka juga kalau ada syarikat-syarikat yang bagi kalendar meja. Letak atas meja kat ofis nampak kemas je.
Tadi abang ipar akak forwardkan kalendar satu mukasurat. Mulanya ingatkan ada 12 bulan dalam satu mukasurat dengan nombor yang nampak kecil-kecil. Rupa-rupanya satu kalendar satu mukasurat yang agak menarik tapi korang kena tau nak gunakan macamana.
Kreatiflah pereka kalendar ni. Lepas tenung lama-lama baru akak tahu macamana nak gunakan. Tapi kalendar ni tak bolehlah nak conteng-conteng nota atau bulat-bulant tarikh. Boleh tengok sahaja kalau nak tahu tarikh, hari dan bulan.
Tapikan.....banyak manapun jenis kalendar yang ada, akak tetap cari kalendar kuda. Kalendar nilah yang paling senang nak tengok dan buat planning. Setuju tak?
0 Comments