Assalamualaikum wbt.  Sesi persekolahan bagi tahun 2017 telah pun bermula. Seronok tengok dan baca keterujaan ibu bapa menghantar anak-anak masuk sekolah Darjah 1 mahupun ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh.  Sebagai ibu bapa, kita memanglah menitik beratkan pendidikan anak-anak.  Kalau boleh memang mahukan semuanya yang terbaik untuk anak-anak demi untuk jaminan masa depan mereka yang lebih mencabar.

Bila anak-anak dah mula bersekolah, bermacam-macam plan dan rancangan dirangka untuk pastikan anak-anak dapat mengikuti pelajaran dengan baik di sekolah. Bila ada perancangan dan perlaksanaan mestilah juga ada pemantauan supaya jatuh bangun mereka dalam mencari ilmu dapat diukur.

Sebagai ibu bapa yang bekerja, bagaimanakah cara terbaik untuk kita membuat pemantauan pelajaran anak-anak?  Pernahkah kita melihat dan berbincangan dengan pasangan atau guru-guru tentang keputusan peperiksaan anak-anak? Mungkin ada yang jarang sekali melihat keputusan peperiksaan anak-anak. Kesibukan membataskan ruang.  Tapi sekarang telah ada cara mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak ini secara online.  Jadi tidak ada alasan lagi untuk tidak mengikuti perkembangan anak-anak setiap kali mereka menjalani peperiksaan bulanan atau tahunan.  Selagi ada akses ke internet, ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak tak kira di mana jua berada. Sistem yang diperkenalkan ini adalah SAPS.

Apakah SAPS 

SAPS adalah satu sistem online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak.  Sistem SAPS Ibu Bapa yang direka ini membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.  

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak.  Ibu bapa perlu membuat appointment untuk berjumpa dengan guru kelas dan ini agak memakan masa dan tenaga.  Akak sendiri pun pernah alami di mana kena pergi sampai tiga kelas menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru kelas.


sistem analisa peperiksaan sekolah nkra, saps pelajar, saps

Info yang diperlukan ialah no kad pengenalan pelajar.


sistem analisa peperiksaan sekolah nkra, saps pelajar, saps

Lepas tu keluarlah maklumat pelajar. Pilihlah nak semak keputusan peperiksaan apa. Kalau papar slip keputusan, boleh tengok keputusan semasa sahaja. Kalau klik papar markah peperiksaan, akan keluar semua markah peperiksaan yang pelajar telah ambil pada tahun berkenaan.  Bolehlah buat perbandingan samada prestasi menaik, menurun atau tiada perubahan.  Mudahkan ?


Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini  SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.


Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.


sistem analisa peperiksaan sekolah nkra, saps pelajar, saps


Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sejak ada akses ini, memang akak selalu gunakan untuk melihat perkembangan pelajaran anak-anak. Selalunya kami tahu dulu markah peperiksaan mereka sebelum anak-anak maklumkan kepada kami. 

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.




1 Comments