5 Tips Diet Mudah Daripada Lisa Surihani
Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak badan yang langsing. Idaman terutama golongan wanita. Akak pun nak!! Tapi yang paling penting adalah sihat. Bila dah meningkat usia ni kesihatan dah jadi perkara utama yang perlu dititik beratkan. Bila nak jaga kesihatan, kenalah juga jaga berat badan. Sekarang ni nak kata berat sangat tu tidak, berat ideal pun tidak lagi, dah jauh tertinggal. Kadang-kadang jaga, kadang-kadang terbabas jugak terutama bila masing-masing ada kat rumah, macam-macam aktiviti nak kena buat.
Dalam berdiet ni, akak suka yang mudah dan tidak membebankan. Mudah maksud akak, jangan sampai terlalu menyekat pemakanan. Akak kongsikan cara Lisa Surihani mengurangkan berat badan beliau selepas bersalin anak pertama. Suka tengok Lisa.
gambar google
Lisa kata, 5 tips yang diamalkan :
1. Kawal Hidangan
“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah karbohidrat, suku daripadanya sayur, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar hunger level. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.
2. Makan buah sebelum makan
“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.
3. Senaman
“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara.
"Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.
"Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.
4. Air
“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.
5. Supplement
Kredit:astrogempak/ohmedia
Mudahkan. Tips 1,2 dan 4 tak susah nak ikut. Memang diamalkan juga. Bersenam tu yang selalunya sangat culas. Macam-macam alasan tercipta. Nak kena suntik virus RAJIN banyak-banyak ni. Senaman paling mudah ialah berjalan 10 000 langkah sehari. Boleh?
Supplement pun penting juga. Sekarang ni akak ambil makanan tambahan organik seperti madu. Nampak berkesan. Badan pun rasa sihat. Apapun cara yang diamalkan, pastikan ianya adalah cara sihat. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
Apapun ...pilihan di tangan anda!!
2 Comments
semua benda basic untuk kurus kan! semoga sy kurus balik lepas bersalin. hehehe
ReplyDeleteYezza...mudah utk dibuat kalau rajin
ReplyDelete