Assalamualaikum wbt.  Bila viral mengatakan harga minyak masak akan naik - dinafikan pulak. Tapi nampak gayanya viral akan menjadi kenyataan.  Lepas ni macam-macam pulaklah nanti yang akan ikut naik harga.  

kenaikan harga minyak masak, kesan kenaikan harga minyak masak, penstrukturan semula harga minyak masak

Berita dari astroawani

Biasanya akak akan beli minyak masak dalam bentuk botol di awal bulan sahaja. Lepas tu top up dengan stok dalam paket.  Tapi kebelakangan ini, stok dalam paket memang susah nak dapat.  Semuanya dijual dalam botol. Kenalah juga beli.  

Penstrukturan semula harga minyak masak ni nampak gayanya kena kurangkan masakan guna minyak, lebihkan masakan cara grill dan rebus. 

Terfikir jugak macamanalah dengan peniaga kedai makan yer? Perlu naikkan harga makanan? Pengunjung mesti berkurang sebab makin ramai nanti yang akan bawa bekalan sendiri ke tempat kerja.  Nampak gayanya akak pun nak kena merajinkan diri semula menyediakan bekalan setiap hari.