Assalamualaikum wbt.  Semalam sambil sembang-sembang dengan en hubby pasal kereta, teringat yang cukai jalan kereta akak nak tamat tempoh seminggu lagi. Mujur teringat awal!! Selalunya memang esok tamat hari ni belum tentu ingat. Haha...

Biasanya tugas memperbaharui cukai jalan kereta, insuran semua akak serahkan pada en hubby la. Tugas akak kena jadi reminder a.k.a kalendar bergerak en hubby.  Biasanya yang menjadi kelewatan sebab nak kena ambil geran kereta di bank lepas tu nak kena hantar semula. Yelah hutang tak habis lagi, kenalah buat kerja lebih sikit.  Tapi pagi tadi akak terbaca di website Pos Malaysia, cukai jalan kenderaan persendiri boleh diperbaharui tanpa bawa geran. Wah...dah mudah...sangat mudah!!


Lebih Mudah Perbaharui Cukai Jalan Tanpa Geran


Korang hanya perlu bawa MyKad atau pasport yang sah sahaja. Tak perlu dah bawa geran kereta. Kerja jadi lebih mudah. Nak perbaharui insuran kenderaan pun boleh buat sekaligus.  Mudahkan??

Ada seminggu lagi....bila dah makin mudah ni last minute pun bolehkan...hehehe

4 Comments

  1. Betul ke ni? motorsikal dan kereta pun boleh ke? nak try lah..road tax dan insuran motor nak expire ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...boleh baca juga info di laman web posmalaysia

      Delete