Assalamualaikum wbt.  Lepas berbuka sambil-sambil menunggu masuk waktu isya, akak mesti tanya hubby...sahur nanti nak masak apa? Lauk apa nak makan kena tanya hubby dulu. Lepas tu baru akak sesuaikan dengan anak-anak pulak. Menu sahur tak susah, kalau ada lauk berbuka yang biasanya akan masak lebih, akak simpan untuk sahur. Kemudian tambah yang mudah-mudah disediakan saja. Awal-awal puasa ni, masa bersahur masing-masing masih lagi berselera nak makan. 

Sahur pertama dengan pajeri nenas, hari kedua akan buat ayam masak kicap, ketiga dengan asam pedas ikan pari, keempat dengan kari daging dan sahur tadi akak buat sup ayam aje. Haaa...nampak heavy lauknya yer....bukan masak masa tu pun, akak masak untuk berbuka kecuali ayam masah kicap dan sup ayam. Nak masak pagi tak susah, asalkan bahannya dah defrost siap-siap sebelum tidor, bangun seawal 415 pagi memang sempat la nak buat semua. 

Resepi Sup Ayam Sedap

setengah ekor ayam
rempah 4 sekawan
bawang merah dan putih - hiris
daun bawang
kentang - potong 4 atau 6 - saiz kecil sikit supaya cepat empuk
sedikit lada hitam kisar
sesudu rempah sup
batang saderi - yang ni option je kalau ada
beberapa biji cili padi - bagi rasa pedas sikit
air
garam

sup ayam panas panas untuk sahur; menu keluarga; sup ayam



Nak masak sup ayam bukannya susah...sangat mudah. Akak buat sup tak pernah gunakan sup bunjutpun ....campak-campak bahan mana yang ada kat rumah je.  Tumiskan bawang dan rempah 4 sekawan bagi naik bau. Bahagian bawah daun sup yang ada akar-akar tupun kalau korang nak pun boleh tumis sekali tapi basuh bersih-bersih. Dah naik bau, masukkan ayam. Gaulkan sebentar, selepas tu masukkan air biarkan mereneh beberapa minit. Nak cepat tutupkan periuk yang korang gunakan tu. Bila agak-agak ayam dah masak elok, masukkan rempah sup sesudu besar. Ni nak bagi aroma nya lebih sedap.  Masukkan kentang. Kentang dah empuk, masukkan batang saderi cili padi dan sedikit lada hitam kisar. Kalau rajin gorengkan bawang tabur . Kalau tak rajin, lepas rasa garam dan kalau nak letakkan sedikit kicap, taburkan daun sup. Bolehlah dihidangkan. 

Sup ayam ni pun akak masak lebih, bolehlah adik wan buat makan tengahari. Yang menariknya bila buat sup ayam ni, kalau tak nak makan dengan nasi, boleh masak moi , beli roti atau celurkan mee dan makan bersama sup. Kalau rajin lagi boleh buat kuah soto. Haa....kan satu menu boleh dipelbagaikan. 

Eh!!!.....boleh buat menu berbuka jugak ni......

11 Comments

  1. Replies
    1. makan panas-panas memang sedap sangat....

      Delete
  2. sedapnye sup...rasa nk buat sup jugak la esok..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masuk dlm list untuk ramadhan ni zati

      Delete
  3. Sedapnya, ada pulak sambal kicap. Memang layan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada sambal kicap, celur meehoon saje...dah jadi meehoon sup..

      Delete
  4. salam sis.

    hidangan ringkas and yet sedap kan.. berselera makan dengan nasi.. hirup kuah sup memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak yan.....bulan puasa ni kena cari menu yang anak-anak suka baru berselera makan masing-masing

      Delete
  5. kalau ada sambal perghhh boeh naikkan selera

    ReplyDelete
  6. dapnyeeee !!!! kentang banyak2 lagi soooodap =D

    ReplyDelete