Assalamualaikum wbt.  Malam semalam kami bermenukan western. Tiba-tiba nak tukar rasa tekak pulak. Sebenarnya, anak-beranak dah keletihan mengatur tapak demi tapak dalam kedai buku. Rutin kami bila cuti sekolah. Takper lah berhabis sedikit untuk anak-anak. Kali ni kena bagi had sikit untuk masing-masing pilih buku yang digemari, kalau tak letak had jenuh nak membayarnya nanti. Dek kerana keletihan kenalah pilih menu yang paling mudah  disediakan untuk santapan malam.

Western Menjadi Pilihan

Masakan western pilihan kali ini ialah steak. Kali ni siap dengan desert sekali. Semua bahan memang dah ada siap kat rumah kecuali daging steak. Beli sahaja di Giant yang dah siap potong saiz seorang makan. Oleh kerana ada  sorang yang tak makan daging maka kenalah beli ayam sekali. Mudah sangat penyediaan menu western kali ini.

Steak In The House

Buat steak tak susah pun. Daging yang dibeli lepas dibasuh, perapkan sejam dua dengan bahan-bahan yang sediaada iaitu garam, gula, lada hitam, perasa makanan, rosemary kalau ada. Gaul semua bahan dengan daging dan pack dalam plastik...biarkan sejam. Sementara tu, boleh lah korang siapkan salad, tomato, bawang dan apa saja sayuran yang sesuai untuk dimakan bersama dengan steak tu. Oleh kerana kat rumah memang sedia ada sos makan ladahitam, so dah jimat masa untuk sediakan sos makan untuk steak tu. Ada kentang?...kalau ada boleh je buat kentang lenyek atau kentang bakar. Ikut kesukaan korang. Akak buat kentang lenyek. 

mudahnya menyediakan menu western; steak; tiramisu


Caranya - kupas kulit kentang, rebus dan lenyek. Campurkan sedikit garam, gula dan susu tepung (kalau ada) atau boleh juga masukkan sedikit mayonis. Kalau ada whipping cream pun boleh juga masukkan sedikit. Lepas tu boleh lah bakar kan daging. Jangan lupa, kalau nak boleh juga ditaburkan sedikit minyak zaitun selepas siap menghidangkan steak dalam pinggan.

Dessert Dengan Tiramisu

Kek tiramisu ni memang dah lama sangat akak teringin nak buat. Bila beli makan berebut dengan anak-anak. Buat sendiri memang puashati. Sayangnya akak tak sempat nak ambil gambar bahan-bahan yang digunakan. Tak ingat juga nak ambil gambar step by step cara buat. Dah separuh jalan baru teringat. Tapi caranya mudah sangat.

Bahan-bahan yang digunakan:
250gm cream cheese (tak kiralah brand apapun boleh aje guna)
300ml whipping cream
1/2 cawan gula castor
1 penutup botol perisa vanila (guna penutup botol esen vanila tu je)
kek chiffon potong-potongkan (akak cari kek chiffon dah habis, akak guna swiss roll aje)
serbuk koko (pun takde ni, akak guna serbuk milo)
sedikit air kopi (untuk celup kek nanti)

Ada orang guna biskut tiramisu.Biskut tiger pun boleh. Tapi akak suka guna kek, lagi sedap rasanya. Caranya juga mudah. Cream cheese, whipping krim, perisa vanila dan gula masukkan dalam satu bekas dan kisar. Putar guna yang rendah dulu pastu lajukan sampai semua hancur dan sebati.

Kek korang potong-potong la ikut saiz bekas yang nak digunakan. Lepas tu campurkan sedikit air kopi atau nescafe pun boleh. Rendamkan sebentar potongan kek tadi satu demi satu dan letakkan dalam bekas yang korang nak gunakan. Guna air kopi/nescafe ni beri aroma tiramisu nanti lebih sedap. Tapi kalau takde, guna coffee 3 in 1 pun boleh. Nak guna tak banyak pun. Lepas siap penuh bahagian bawah tu dengan lapisan kek tadi, sendukkanlah krim yang korang dah putar tadi. Letaklah agak-agak, jangan tebal sangat, ratakan. Kemudian taburkan atasnya dengan serbuk koko ke keseluruhan permukaan. Lepas tu susun lagi kek yang direndam dalam air kopi. Ratakan dengan lapisan krim dan taburan serbuk koko. Buatlah sekurang-kurangnya 3 lapisan, nampak cantik sikit tingginya. Akhir sekali bahagian atas, taburkan lebihan serbuk koko dan kalau rajin boleh lah juga susunkan potongan buah anggur atau strwberry. Masukkan dalam peti ais semalaman bagi sejuk. 

Tapi anak-anak tak sabar nak makan. Masukkan terus dalam freezer, lepas beberapa jam terus boleh makan......mmmmm...yummy sejuk-sejuk...

mudahnya menyediakan menu western; steak; tiramisu


Nahhh...2 resepi sekali akak share. Bulan puasa nanti kalau agak-agak nak cepat boleh lah buat ni.....

1 Comments