Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1437H/2016M
Assalamualaikum wbt. Menghitung hari menunggu ketibaan Ramadhan. Teruja sangat pulak tahun ni. Secara kebetulan ramadhan kali ni jatuh semasa cuti sekolah. Anak-anak semua ada di rumah. Dapatlah sekurang-kurangnya seminggu puasa bersama permata-permata hati.
Ramadhan tahun ini
Macam tahun-tahun lepas, menyambut ramadhan bersama-sama sekeluarga. Biasanya hari pertama atau hujung minggu pertama ramadhan kami sambut dengan mil di kampung tapi tahun ni mil berpuasa di rumah ipar di selangor. Hujung ramadhan nanti baru sempat bersama-sama. Ramadhan tahun ini agak sangat bersederhana, cadangnya nak cuba sebanyak mungkin selitkan masa dengan ilmu-ilmu yang berharga. Bila nak buat semua tu, kenalah ada perancangan yang teliti. Kena susun jadual baik-baik dan cuba ikut.
Jadual waktu berbuka dan imsak
Untuk kemudahan bersama, akak kongsikan jadual waktu berbuka dan imsak yang akak ambil dari Jakim untuk rujukan bersama. Korang boleh jugak print dan tampal kat tempat yang sesuai. Akak biasanya akak letak depan pintu peti ais kat dapur. Senang nak rujuk samada diri sendiri atau anak-anak, kalau tak kejap-kejap nanti mesti ada yang tanya....hari ni berbuka pukul berapa...
0 Comments