Assalamualaikum wbt.  Kadang-kadang terasa nak makan yang paling simple semasa berbuka.  Tambahan bila dah terlambat sampai kat rumah.  Tapi kenalah pastikan bahan-bahan yang boleh bertahan lama, ada disimpan di rumah supaya boleh siapkan menu segera. 

Masuk hari ke 9 berpuasa ni belum sekalipun kami berbuka dengan hidangan nasi. Walaupun balik rumah masak juga lauk-lauk mudah. Kali ni anak-anak dan hubby lebih suka memilih makan kuih muih atau buah-buahan sahaja. Kalau terasa nak makan, lepas solat maghrib atau balik daripada tarawih barulah masing-masing buka periuk nasi. Tapi akak tetap jugak masak lauk utama sebelum berbuka sambil-sambil buat kuih atau potong buah. Lauk utama tu akan makan sampai waktu sahur so kena masak lebih.

Jom nak kongsi cara buat kuih yang paling senang iaitu popia goreng.  Resepi popia goreng versi akak ni, akak pernah share dalam blog ni satu ketika dulu. Untuk mudahkan korang cari, ni akak letak sekali link dia.


Cara buatnya sangat mudah...tapi harus diingat, ini versi akak yer. Yang paling penting anak-anak dan hubby suka.  Bahan-bahannya mesti ada sengkuang, karot, telur, perencah nasi goreng cina dan paling penting kulit popia lah. Akak tak masuk taugeh sebab dalam rumah ni ramai yang tak suka taugeh. 

hidangan berbuka puasa ringkas; popia goreng


Dah hiris semua, gorengkan sekejap agak-agak layu. Tak masuk garam pun sebab perasa perencah tu dah cukup. Tapi kenalah balance dengan banyak mana yang korang nak buat. Kalau korang hiris sengkuang dan karot tu banyak, tak sesuailah nak guna 1 pek perencah kan. Akak guna perencah yang serbuk yer, bukan yang pes.

hidangan berbuka puasa ringkas; popia goreng


Siap semua, bolehlah mula menggulung popia ikut saiz kesukaan korang, nak gemuk ke...nak kurus ke....Siap semua bolehlah goreng. Boleh hidang dengan sos cili Thai.

hidangan berbuka puasa ringkas; popia goreng


Secara kebetulan masa akak buat popia ni, hubby pulak beli buah cempedak. Apa lagi, menggoreng cempedaklah akak petang tu. Punyelah lama tunggu nak makan cucur cempedak ni, ramadhan ke 6 hari tu baru dapat makan.  

hidangan berbuka puasa ringkas; popia goreng


Bagi melengkapkan hidangan ringkas akak petang tu, potong ajerlah buah-buahan yang ada dalam simpanan. Bila dihidang begini, yang tak minat buah-buahan pun sibuk berebut nak makan buah....

hidangan berbuka puasa ringkas; popia goreng


Mudahkan buat yang simple-simple, yang penting habis....

11 Comments

  1. Erm .. Tengok saja dah pon cukup wat Yana terlioq .. Huwaa .. Nanti bley cuba . Tq for sharing kak Azi .. =)

    ReplyDelete
  2. Popia goreng paling sedap..

    ReplyDelete
  3. Tengok popia tu teringat dah lama tak buat popia ketam cheese.. alahai.. bilalah agaknya nak buat ni..

    ReplyDelete
  4. betul, kekdg nk brbuka puasa mkn mknn yg simple jer..hihi..

    ReplyDelete
  5. eh siap ada perencah nasi goreng.. menarik!
    husna slalu letak taugeh dgn carrot je..hihihi..

    ReplyDelete
  6. simple popia tu. rasa nak cuba..x letak taugeh so akka rasa lambat basi boleh buat frozenni

    ReplyDelete
  7. cempedak goreng dapnya.. PM alamat kak.. nak p ketuk pintu rumah =P

    ReplyDelete