Popia Goreng Mudah dan Senang disediakan

Wednesday, June 03, 2015

Resepi murah dan cepat

Assalamualaikum 

Dah lama tak update entry resepi kat sini.
Tiba-tiba teringat pasal popiah goreng yang mudah dan senang untuk disediakan ini.
Resepi ubahsuai sendiri berdasarkan tunjukajar daripada kakak ipar aku.

Pada yang suka popiah goreng, boleh cuba untuk hidangan minum petang.


popia goreng, sedap, mudah, popia

Bahan-bahan :

Kulit popia - aku beli yang dijual di pasaraya
1 biji sengkuang sederhana besar - racik panjang-panjang
1 biji carot sederhana besar - racik panjang-panjang
1-2 biji telur
1 pek serbuk nasi goreng cina ADABI
Sedikit minyak untuk menggoreng.


popia goreng, sedap, mudah, popia

Caranya :

Panaskan kuali. 
Pecahkan telur dalam kuali dan kacau-kacau seperti membuat telur hancur.
Bila telur dah masak, keluarkan telur daripada kuali dan ketepikan.
Masukkan 1/4 sudu besar minyak masak dalam kuali. Biarkan panas sekejap.
Masukkan sengkuang dan karot yang telah diracik tadi. Gaulkan.
Masukkan serbuk nasi goreng cina ADABI ke dalam campuran tadi dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan telur hancur yang telah disediakan. Gaul rata semula bahan.
Siap.
Tak perlu terlalu lama sebab nanti sengkuang dan carot menjadi terlalu lembik dan berair.

Biarkan sejuk seketika.

Lepas tu boleh la letak dalam kulit popiah, lipat dan gulung.
Siap semua, boleh la goreng.

Anak-anak aku suka makan popia ni ...lepas goreng sekejap ajer abis.

You Might Also Like

6 comments

  1. sedapnya. Dah lama tak buat... Nanti nak buat untuk stok frozen berbuka puasa..

    ReplyDelete
  2. saya pun suka popia goreng, tapi tak pernah cuba buat..
    dah ada resepi mudah ni bolehlah cuba.. hehehee

    ReplyDelete
  3. suka makan popia goreng.. tapi makan kulit nya je.. hahahahha..memang isi dalam tu akan dikeluarkan kalau sayur.. sedihh kann.. ntah pape laa mak orang nii..

    ReplyDelete
  4. suka makan popia goreng.. tapi makan kulit nya je.. hahahahha..memang isi dalam tu akan dikeluarkan kalau sayur.. sedihh kann.. ntah pape laa mak orang nii..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa! tapi x suka popiah yg ada toge.hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya ! kuah cicah mesti pedas, pergh !

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook