Lempeng Pisang Kelapa Sedap DiMakan Mudah Disediakan
Assalamualaikum wbt. Bila hujung minggu biasanya petang-petang mula la mencari apa menu yang sesuai untuk minum petang. Seperti biasa pilihan akak dah tentu yang mudah dan sedang disediakan tetapi mesti sedap. Fikir punya fikir, ternampak sesikat pisang masak di luar rumah. Beberapa hari sebelumnya, en hubby memang ada request minta buatkan lempeng pisang kelapa. Masa tu akak tak perasan pun pisang depan rumah dah nak masak. Oleh kerana permintaan datangnya dari en suami, maka haruslah si isteri cuba memenuhi. Rajin-rajinlah diri menggodek lempeng pisang kelapa yang sedap.
Pisang masak hijau. Memang akak selalu tak perasan bila pisang ni masak sebab tak berubah warna. Rasanya sedap, makan begitu sahaja pun sedap. Nak buat cekodok pisang pun sedap. Mungkin juga sesuai buat kek pisang...nanti akak cuba..
Mudah saja sebenarnya nak buat lempeng pisang kelapa ni. Tak sampai setengah jam kat dapur pun dah boleh kunyah lempeng panas-panas. Kalau di utara ni, dipanggil jugak dengan panggilan peknga...bukan pak ngah yer. Jom akak kongsikan bahan-bahan dan cara menyediakan lempeng pisang kelapa ni. Resepi ni pun akak google sahaja, banding-bandingkan mana yang sesuai, yang penting mudah, cepat dan sedap.
Bahan-bahan lempeng pisang kelapa
4 biji pisang - lebih atau kurang ikutlah stok pisang masak yang ada
1/4 cawan gula pasir - kalau boleh sukat ikut manis yang dikehendaki sebab pisang pun dan rasa sedikit manis
secubit garam
1.5 cawan kelapa parut, ambil yang putih sahaja
2 cawan tepung gandum - juga ikut sukatan banyak mana pisang yang digunakan.
1 cawan air
sedikit minyak
Cara penyediaan
1. Lenyekkan pisang. Jangan terlalu hancur, bagi ada rasa pisang sedikit.
2. Masukkan gula dan garam, rasa manisnya.
3. Masukkan kelapa, gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu pekat dan tambahkan air.
Bancuhan yang telah disiapkan. Biarkan rehat buat seketika sementara kuali dipanaskan.
5. Panaskan kuali leper/pan. Sapukan sedikit minyak diatas kuali. Di sini akak gunakan daun pisang - kalau ada. Alaskan daun pisang, sapukan minyak dan letakkan 3 sudu bancuhan tadi di atas daun pisangkan, leper-leperkan.
6. Bila dah agak keras boleh balik-balikkan. bagi garing sedikit di sekelilingnya.
7. Bila dah agak garing keseluruhannya, bolehlah diangkat.
Dah siap lempeng pisang kelapa akak. Bila kita masak atas daun pisang ada lebih aroma pisang tu melekat, menambahkan rasa ketika menjamu selera. Abaikan lah yang hitam-hitam tu sebab akak memang suka dia terlebih garing sedikit.
Siap sudah lempeng pisang kelapa kita. Sedap dimakan panas-panas. Hidangkan dengan secawan air kopi, dapat pulak kalau hari hujan....memang laju je masuk mulut. Mujur anak-anak pun suka makan, sekejap jer habis. Lepas ni memang pantang nampak pisang masaklah jawapnya....
7 Comments
Rajin dengan tak je kan kak.. ;)
ReplyDeleteBetul tu..kalau rajin, perut kenyang hehe
Deleterindu nak makan lempeng pisang ni. masa kecik2 dulu selalu mak buatkan. hihi..
ReplyDeleteNak tahu apakah tumbuhan paling kuat akarnya?
Allahu Azie, sedapnya :)
ReplyDeletesedapnyaa..
ReplyDeleteSedap nie
ReplyDeleteMesti cuba
ReplyDelete