Assalamualaikum wbt

Hari Isnin selalu mood lemau nak update blog.  Hari ni nak rajinkan diri jugak.  Lunch tak keluar sebab akak puasa hari ni.  Teringat nak semak keputusan Ujian 1 anak-anak tempohari. Masing-masing lulus cemerlang. Alhamdulillah, hadiah paling berharga untuk ibu ayah.

Pada yang belum semak, boleh ajer semak bila-bila masa asalkan ada connection dengan internet. Mak ayah boleh semak kat SAPS . Tak perlu dah tunggu anak-anak bawa balik keputusan ujian.  Kalau tak update lagi dalam tu, kena pi tanya cikgu-cikgu awat tak buat-buat lagi! Sekarang ni semua kena cepat dan pantas.



Senang saje. Click di url yang diberi. Masukkan  nombor kad pengenalan atau sijil lahir anak, pilih samada sekolah rendah atau menengah, pilih tahun semakan dan tekan semak laporan. 

Akan terpaparlah keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak kita.  Mudahkan?? Semakan ini disediakan dari anak darjah 1 sampailah ke tingkatan 5.

Jadi takde alasan ibubapa tak terima keputusan peperiksaan anak-anak.  Dengan cara ini juga sebenarnya dapat membantu kita melihat kelemahan, kelebihan anak-anak.  Bolehlah buat tindakan susulan...nak kena tambah latihan ke, hantar tuition ke...

Yang bestnya, kadang-kadang anak-anak tak tahu yang akak dah ada result penuh ujian depa. Biasanya anak-anak ni kalau markah tinggi, bukan main excited nak bagitau. Tapi bila markah suam-suam kuku memang lambat lah nak bagitau. 

Masa akak sekolah dulu, kalau dapat result teruk memang simpan jer buku laporan dalam beg sampai mak mintak. Tapi tak pernahlah sampai tandatangan buku laporan sendiri, cuma lambat tunjuk jer...

6 Comments

  1. Mak aiii kak.. macam ni dah sistem sekarang? hahaha..xde lah isu tanda tangan buku laporan sendiri..heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak tahun juga guna spas ni yoorin...tulah..kalau parent alert dah tak boleh lah anak-anak sign sendiri buku report hehe

      Delete
  2. dah. Banyak subject nak kena bagi tumpuan..

    ReplyDelete
  3. kita datang singgah BW sini
    jemput singgah ke Blog kita gak...

    ReplyDelete