Mengutip Madu Cara Semulajadi
Assalamualaikum wbt
Madu Kelulut Asli
Sabtu lepas berpeluang ikut En Hubby proses satu lagi sarang kelulut. Kali ni kat sekolah abang Irfan. November lepas en hubby pasang kotak untuk kumpul madu dan sabtu baru ni kami pi sedut madunya pula. Sambil-sambil tu datang tengok pertandingan sukan tahunan kat sekolah abang irfan. Macam-macam gelagat, tak kering gusi tengok perangai anak-anak. Nanti akak cerita pasal sukan sekolah.
Oleh kerana, kotak yang dipasang ada satu saja jadi tak perlulah tenaga ramai sangat untuk menyedut madunya. Hubby guna cara manual ajer. Sedut madu guna penyedut ubat yang selalu digunakan untuk kanak-kanak tapi yang ni kami beli yang saiz besar punya. Di hujung picagari tersebut kami letakkan straw yang agak keras sikit. Straw ni boleh dapat pada setiap air kotak. Seronoklah anak-anak sebab ayah beli air kotak lebih semata-mata nak ambil straw minuman...hahhaa......
Kalau korang nak tau, macam nilah rupa sarang kelulut yang ada dalam kotak yang diletak hari tu. Semua tu dibuat sendiri oleh sang kelulut yang bekerja tak jemu-jemu. Mujur bertahan memandangkan bulan november december lepas cuaca tak menentu, kadang-kadang hujan lebat. Setiap lubang tu ada isi madu di dalamnya. Kalau tempat yang sesuai memang meriah kantung-kantung madu yang ada. Semuanya berisi penuh. Tangan yang kelihatan tu sedang menyedut madu dari kantung yang ada. Sambil-sambil tu ada juga yang sedut terus masuk dalam perut.
Antara hasil yang diperolehi pada hari tersebut. Puas minum madu. Beginilah cara yang kami gunakan kalau lokasi sarang jauh daripada rumah. Sekiranya di rumah, kami sedut hasilnya dengan menggunakan pam susu sahaja. Cepat sikit ..hehhe...
Banyak kebaikan minum madu ni. Dah jadi amalan kami sekeluarga. Alhamdulillah kurang dah bergantung pada ubat-ubat klinik sekiranya diserang demam, batuk dan selsema. Semuanya dengan izinNya jua.
4 Comments
apa rasanya kak...sedap ke...
ReplyDeleterasanya masam-masam sikit...ada juga yang manis..tapi pada akak rasa madu kelulut ni lebih sedap daripada madu lebah. Kena cuba dulu baru tau...
Deletengeri gak tengok sarung kelulut ni ek
ReplyDeletehehe gitu la rupanya
Delete