Bergajah di Chang Puak Camp, Hat Yai
Assalamualaikum wbt
Tak habis lagi entry pasal jalan-jalan kat Hat Yai. Dah berbulan berlalu..hehe. Inilah padahnya bila banyak sangat ambil gambar, lepas tu tak setempat, ada kat kamera, kat handphone sendiri, kat handphone en hubby. Bila nak buat entry mula teringat ..eh gambar yang best tu ada kat kamera sana lah.....dah tergendala.
Berkisah kami anak-beranak naik gajah. Gajah ni orang siam panggil `Chang'. Hari tu adalah jugak beberapa perkataan yang akak belajar daripada pengemudi gajah ni. Tapi dah lupa ...tu la suka makan kepala ikan!! Yang akak ingat nilah..chang..sebutan mereka ni nada lembut je.
Dari hotel tempat penginapan tu, kami naik satu tuktuk jer, hantar sampai di camp ni dan tunggu sampai kami selesai untuk dihantar semula ke hotel. Kosnya RM30 sahaja. Boleh la sebab tak payah fikir nak cari transport lagipun kami malas sebenarnya nak memandu sendiri, nak menikmati pemandangan dan suasana persekitaran.
Sampai kat Chang Puak Camp ni, akan ada petugas yang approach korang nak naik gajah ke atau nak cuba aktiviti-aktiviti lain yang ada kat situ. Sambil-sambil tu sibuk diaorang ni ambil gambar pelancung yang datang. Ambil saja...nak beli boleh tak beli pun boleh....macam tu la diaorang cakap tapi slang siam dan kelantan bercampur.
Disebabkan seekor gajah boleh naik berdua dewasa atau 3 orang kanak-kanak maka terpaksalah akak suruh semua orang naik. Harga lebih kurang RM50 untuk seorang dewasa. Akak naik dengan afiah dan amira manakala en hubby dengan dik wan dan abang irfan. Masa tengok orang naik memang seronok..nampak macam best jerrr....
Bila tiba turn sendiri barulah rasa cuak mulanya. Nak bagi balance kedudukan tempat duduk tu. Tinggi kau!!!!! Akak memang dah berpeluh-peluh dah tak nak pandang bawah, rasa macam nak suruh gajah tu berhenti dan cepat-cepat turun..hahahha...mujur takde yang ambil gambar focus dekat. Kalau ada confirm nampak muka pucat!!.
Itu perasaan pada mulanya, bila dan 5 min duduk atas gajah....ok dah rasa tenteram sikit dalam hati. Masa perjalanan yang diambil pusing dalam camp tu lebih kurang dalam 40 min melalui sungai kecil, kawasan seakan-akan kampung (penempatan pekerja-pekerja yang menjaga gajah di sini), tepi tasik dan hutan.
Ada beberapa ekor gajah yang bertugas membawa pelancong ni. Masa menyeberang sungai memang muka pucat balik. Mulalah terbayang kot-kot gajah ni tak nak bergerak ke, berhenti tiba-tiba ke, dicampaknya nanti dalam sungai...hahahha.....macam-macam kan akak ni...
Sebaik tiba kat tempat mula tadi dan turun daripada gajah ni...fuhhh memang rasa lega lah. Tak mau dah naik lagi..hahhahaha.....Anak-anak memang teruja sangat-sangat dapat naik gajah. Pengalaman untuk mereka. Selalu dok tengok gajah dalam tv jer, bila dapat peluang pegang sendiri, memang seronok sangat lah.
5 Comments
lama juga 40minit.. mesti seram je kan kot dia mengamuk ke.. haahha..
ReplyDeletebtw sungai tu dalam ke? and ada yg guide gajah tu?
blogwalking sini..
JOm tambah ilmu mengenai kebaikkan sayur celery ni..
http://www.biskutsemperit.my/2016/02/apakah-kebaikkan-memakan-sayur-celery.html
Sungai tu separas atas kaki gajah...tak sampai kat kita...tapi ngeri gak hehe. Setiap ekor gajah yang dinaik tu ada tuannya atau jurupandu..sebb gajah tu dengar arahan jurupandu tu sahaja.
Deletememang best kan amik gambar bebanyak ni. tp bila nak buat N3 menggagau cari sana sini. tu yg jd lambat semua.
ReplyDeleteanyway, best ye naik gajah. tapi i takut dah.. ngeri je. heeee
betul tu kak yan, menggagau kumpul gambar...lepas tu nak pilih pulak mana satu yang menarik.
DeleteMula-mula memang ngeri naik gajah tu tp bila fikirkan bila lagi nak ada peluang ...kena lawan lah fear factor tu..
saya nak tnya ada had berat x?
ReplyDelete