Ke Bukit Melawati, Kuala Selangor
Assalamualaikum wbt
Cerita lama, baru nak up .
Alkisah di akhir cuti sekolah lepas. Selepas singgah kat Teluk Intan entry kat SINI , kami meneruskan perjalanan ikut jalan lama ke Rawang. Rasa seronok pulak ikut jalan lama ni, boleh tengok pemandangan kiri kanan, tengok kampung orang. Akak memang tak pernah ikut jalan lama ni, pertama kali untuk akak dan anak-anak. Hubby pun dah lama tak lalu katanya dah hampir 10 tahun jugak. Katanya memang banyak perubahan.
Dari Teluk Intan, stereng bertukar tangan, kali ni akak pulak yang jadi pilot. Bila akak jadi pilot masa perjalanan kena tambah sikit lagi..hahahha. Sampai kat Kuala Selangor dah menghampiri waktu solat Jumaat. Hubby kata nak cari masjid dulu. Pastu teringin pulak dia nak panjat Bukit Melawati, terus kami ke sana. Kat sana tunggu pulak hubby ngan Irfan selesaikan solat Jumaat dulu.
Ingatkan boleh terus bawa kereta ke atas Bukit Melawati tapi rupanya hari tu kenderaan tidak dibenarkan. Kena naik tram atau jalan kaki. Kesiankan dik wan sebab cuaca pun boleh tahan panasnya, maka akak pun beraturlah beli tiket tram. Ramai jugak hari tu kebetulan jatuh pada cuti krismas.
Harga tiket :
Beratur tak lah lama sangat sebab tram dia panjang juga, sekali jalan boleh naik ramai. Bila dah ramai-ramai macam-macam perangai ada. Sekali tram datang, meriah bukan main nak cop tempat duduk.
Dah besar-besar, tak muat nak duduk kerusi yang sama. Panas sebenarnya cuaca hari tu.
Ni pertama kali kami naik Bukit Melawati. Sinonim dengan kehadiran monyet. Kat atas tu ada orang jual makanan untuk monyet, so korang boleh beli dan bagi monyet-monyet ni makan.
Yang teruja dengan kehadiran monyet-monyet ni, dah tentulah anak-anak. Kalau di Taman Tasik Taiping mahupun di Botanical Garden Penang, monyetnya agak agresif. Tapi kat sini monyetnya lebih mesra. Mungkin dah kerap sangat tengok orang datang dan bagi makan. Macam-macam jenis makanan - pisang, kacang panjang, kacang goreng ada dijual. Ada jugak yang bawa bekalan sendiri.
Comelkan?....Anak dia color lain, mak lain, pak dia takde.
Peminat haiwan ni memang tak lepaskan peluanglah. Siap boleh suap-suapkan si monyet ni makan lagi. Seriuss...monyet-monyet ni mesra, tak mengganaspun. Bila dah ramai-ramai yang bagi makan, mulalah sebilangannya memilih. Hulur pisang...tak nak. Hulur kacang panjang dicampaknya...last sekali bagi kacang goreng baru diambil masuk mulut.
Tak lama kami di situ, adalah dalam 2 jam melayan gelagat monyet sampai terlupa nak ambil gambar di persekitaran. Cantik tau view kat sini kalau nak ambil gambar. Lain kali boleh datang lagi untuk bergambar pulak!
Kami turun pun menggunakan tram. Tram ni akan pusing dulu ke kolam ikan air tawar di bahagian bawah. Tapi kami tak singgah sebab kena teruskan perjalanan semula. Bila tiba di kawasan kolam rupanya satu tram tak berhajat nak turun sebab dah kepenatan agaknya.
Menarik jugak trip tak plan ni.....
3 Comments
SA x pernah pi sini...macam best tp x tau la bila ada peluang nak pi
ReplyDeletemacam best je tempatnya...
ReplyDeletetapi saya ni penakut sikit pada beruk/monyet..hehehe
dah banyak kali baca cerita kota melawati ni best.. tapi saya pun tak pernah sampai lagi di sini.. hehe.. teruja baca entri ini.. :))
ReplyDelete