Sepagi Di Teluk Intan

Thursday, January 14, 2016


Assalamualaikum wbt

Kali terakhir ke Teluk Intan 17 tahun yang lalu. Lamakan!!! Minggu terakhir cuti sekolah hari tu kami ada urusan di KL. Oleh kerana masih dalam mood cuti, kami bercadang untuk ke Kl mengikut laluan jalan lama bukan highway. Jimat tol hehe.


Perjalanan dimulakan seawal pagi sebab kami plan nak singgah ke Teluk Intan. Jam 9 pagi kami dah sampai di pekan Teluk Intan. Memang bercadang nak bersarapan di sini.  Anak-anak memang tak  pernah sampai lagi kat Teluk Intan ni.  Tak tahu nak tuju kat mana untuk makan. Ternampak ada gerai di foodcourt yang buka, kami terus tuju ke sana. Sekadar untuk mengalas perut.  


sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan


Pertama kali jumpa mee kicap. Tak tahu sedap ke tidak sebab akak kalau makan memang kena suapkan si dik wan sekali, jadinya memang kena ambil menu yang tidak atau kurang pedas. Kami order mee kicap dan mee kari. Bolehlah tahan dah niat untuk alas perut je kan.

sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan


Lepas tu, budak-budak ni ajak ke Menara Condong. Apalah maknanya kalau ke Teluk Intan tidak singgah kat sini. Lagipun memang dah parking dekat situ pun. Bila dan dengan budak-budak ni macam-macam soalan yang keluar.  Disekeliling menara nampak gerai-gerai jualan pelbagai barang. Akak tak pasti samada memang setiap hari ada atau hari-hari tertentu sahaja. Lagipun waktu tu baru jam 10 lebih, orang pun tak ramai lagi.  

sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan

Waktu lawatan Menara Condong ni adalah setiap hari kecuali hari Isnin. Selasa sampai Jumaat dibuka dari jam 8 pagi - 5 petang. Manakala Sabtu, Ahad dan kelepasan Am dibuka dari jam 9 pagi  sehingga jam 6 petang.  Kalau korang datang dalam masa lawatan ni boleh lah panjat sampai atas menara, kalau bukan masa lawatan pintu menara ni dikunci.


sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan

Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Dah terlanjur ada kat sini, kami ambil kesempatan memanjat la anak-anak tangga tu sampai atas.  Nak tau juga apa yang istimewa di dalamnya. Menara ni dulunya adalah penanda waktu dan penunjuk arah laluan untuk kapal ke pelabuhan Telok Anson (nama lama Teluk Intan). Sekarang ni lebih berperanan sebagai menara jam dan bahan sejarah Teluk Intan.

sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan

Kayu binaannya memang cantik berseni ukiran-ukiran lama.  Seronok adik wan berlari keliling menara.

sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan

Sambungan kayu ni macam kat rumah MIL. Nampak macam tiada paku digunakan.

sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan

Kena tutup pintu baru tahu. Ni pintu di bahagian bawah.

sepagi di teluk intan, menara condong teluk intan

Dah puas memanjat, berlari dan main sembunyi-sembunyi, bergeraklah kami ke destinasi dituju. Anak-anak sibuk dok tanya kat mana condongnya menara ni. Haaa...tengok gambar baru nampak kecondongannya.  Hari pun dah makin panas, driver pun bertukar. Turn akak pulak memandu sampai ke Kuala Selangor.






You Might Also Like

4 comments

  1. nanti kalau singgah ke Teluk Intan, boleh lah contact kita...
    sy selalu ke sana
    (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah ...ada kesempatan nanti boleh pi lagi

      Delete
  2. Pernah pegi sekali je, padehal dekat cinonet je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....biasa tu yg dekat2 biasanya paling lambat nak sampai..org jauh memang cepat jer

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook