Jom Melemak Pagi Ni..
Assalamualaikum wbt
Pagi-pagi dah tambah lemak dalam badan. Hari ni sempat buatkan nasi lemak untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Akak pun tumpang sekali jugak. Sejak buka sekolah 2016 ni belum miss lagi bekalan hari-hari ke sekolah. Harap-harap akak terus bersemangat setiap hari. Zaman ekonomi sekarang ni, buat sendiri setiap waktu makan adalah lebih menjimatkan.
Bekal 3 beranak.......
Siapa yang nak cuba, akak bagi minggu ni punya bekalan, manalah tahu boleh dapat idea. Buat yang senang-senang.....
Isnin - cuti
Selasa - roti bakar ngan telur mata
Rabu - meehon goreng
Khamis - nasi lemak
Jumaat - masih belum fikirkan lagi..hahhhaa
1 Comments
Sedapnya nasi lemak tu..bawa bekal sendiri lagi jimat dan lebih berkhasiat.
ReplyDelete