Jalan-jalan Hat Yai - part 5
Tempat menarik - Night Market
Assalamualaikum wbt
Kalau ke Hat Yai rasanya tak lengkap kalau tak menjelajah Night Market. Night Market ni lebih kurang macam pasar malam di tempat kitalah. Barang-barang yang dijual kebanyakannya terdiri daripada pakaian, kasut, perhiasan wanita dan tidak ketinggalan pelbagai jenis makanan dan buah-buahan. Kami lebih suka membelek dan melihat aktiviti menjual makanan berbanding dengan yang lain-lain. Memang pun target no shopping...
Minuman campuran seperti ABC...macam-macam ada. Gerai ni terletak di sebelah hotel ajer. Memang ramai orang yang bersilih ganti tempat duduk di sini.
Sepanjang jalan ini dan jalan-jalan sekelilingnya meriah di sebelah malam. Dengan cahaya lampu dan pelbagai jenis gerai jualan. Memang meriahlah dari lewat petang sehingga menghampiri tengah malam.
Udang, ketam celup tepung dan macam-macam lagi ada. Gerai ini diusahakan oleh orang Muslim jadi korang boleh ada beli dan makan.
En Hubby lebih suka memilih buah-buahan kegemarannya. Taklah mahal sangat, berbaloi beli bagi yang suka. Macam-macam jenis buah-buahan yang dijual. Harga korang kena pandai-pandailah tawar menawar.
Tak ketinggalan juga permainan. Daripada yang sekecil-kecil sampai yang sebesar-besarnya. Nasib baik adik wan tak berapa tertarik dengan mainan yang dijual. Dia sibuk suruh beli baju spiderman yang ada lampu di depan. Haha...layankan je la....
Berjalan dengan anak dara yang dah sama tinggi di bawah lampu-lampu indah yang dipasang di sepanjang jalan. Memang happening la Night Market di Hat Yai ni. Ramai sungguh yang mengambil kesempatan menjual. Kalau korang rajin bertanya dan membanding harga dan kualiti, korang boleh je dapat barangan dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang baik. Habis ronda, kami pusing-pusing kota Hat Yai naik tuk tuk. Lepas tu sambung lagi meronda di Night Market sebelum balik hotel.
Lepas ni cerita pasal gajah pulak.....
Kisah sebelum ini boleh tengok kat SINI - Hat Yai
2 Comments
wah night market hatyai....arz belum sampai...belum ada rezeki nak ke sana...insyaallah sedikit masa lagi...
ReplyDeletebila ada peluang arz pegilah ....seronok jugak tengok tempat orang
Delete