Adik Wan Best Buddy
Assalamualaikum wbt
Buka fb ternampak entry yang pernah up 3 tahun lepas. FB kan suka mengimbau memori lama. Gambar yang akak up ketika itu memang betul-betul touching lah. Pertama kali berpisah ngan abang irfan.
Ini lah gambarnya. Masa ni adik wan baru berusia lebih kurang setahun 4 bulan. Memang rapat dengan abangnya. Masa ni abang baru habis minggu orentasi di sbp. 2 minggu tak boleh jumpa. Abang pun terharu sangat la bila adik dok melekap camtu tak mo lepas.
Itu cerita 3 tahun dulu. Sekarang ni?
Sama jugalah situasinya. Abang still adik best buddy. Gaduh, usik mengusik dan menangis tu perkara biasa bila bertemu. Tapi bila bersama, memang abanglah peneman dan rakan bermain. Tiap kali abang balik cuti sekolah macam-macam aktiviti yang dibuat bersama. Akak pun memang syukur sangat-sangat sebab abang kakak rajin nak layan adik manja ni. Memang kalau ke mana-mana sekeluarga, abang dan kakak boleh diharap untuk jaga adik.
Anak-anak syurga ibu!!
0 Comments