Assalamualaikum wbt

Baru berkesempatan untuk update entry ni.
Pada 14 Disember lepas, pengumuman keputusan peperiksaan PT3 telah diumumkan. Walau ramai yang kata, keputusan pt3 hanya seperti keputusan peperiksaan akhir tahun pelajar, tapi pada akak keputusan ini juga menentukan arah seterusnya anak-anak ini selepas ini. 

Alhamdulillah abang irfan dapat straight A's, terus meletakkan dia sebagai pelajar terbaik sekolah. Bukan untuk bermegah tapi syukur kami tak terhingga kerana itulah usaha yang dilakukannya dan hasilnya hanya dia sahaja yang benar-benar merasainya. Ibubapa, guru dan lain-lain sekadar tumpang gembira.

tahniah anak-anak, keputusan pt3, keputusan peperiksaan


Langkah seterusnya perlu diatur supaya tidak terleka dengan apa yang diterima. Sebab terlalu seronok, terus petang tu jugak diajaknya akak ke kedai buku lagi. Kali ni persediaan dia untuk ke menengah atas. Adik-adik pun dapat semangat baru. 

tahniah anak-anak, keputusan pt3, keputusan peperiksaan

tahniah anak-anak, keputusan pt3, keputusan peperiksaan


Doa kami, semoga usaha berterusan anak-anak akan terus membuahkan hasil yang paling manis dalam hidup mereka yang pastinya lebih mencabar daripada apa yang kita lalui sekarang......Tunggu tahun 2017 ketiga-tiga anak akak akan melalui peperiksaan besar iatu SPM, PT3 dan UPSR. Akak dah bagitahu siap-siap 2017 tidak ada episod jalan-jalan sampai semua habis exam. Amira tanya...2016 boleh la kan? Tunggu bagi tabung ayam penuh semula.

Tahniah anak-anak ibu!!!

5 Comments