Assalamualaikum wbt

Biasanya bila dah hari-hari memasak, akan tiba satu ketika yang kita tak tahu nak masak apa. Korang pernah tak rasa macam tu? Akak selalu jugak sebab rasa kadang-kadang dok ulang menu yang sama.  Nak makan kat kedai macam tak puas pulak bila anak-anak semua ada kat rumah. Masing-masing tengah proses membesar selera pun boleh tahan. Lagipun sekarang ni kena semakin rajin berjimat la dengan keadaan ekonomi negara yang tak menentu. 

Menu ringkas akak sekeluarga senang aje bila tiba situasi sebegini...

Geledah dalam peti ais jumpa salad, kambing perap. Hmmm....nak buat apa?
Hubby kata sila bakar kambing perap, ai pi kedai.
Balik daripada kedai...berbungkus beberapa keping roti nan dan setengah ekor ayam panggang. Hiris-hiris kambing bakar dan ayam panggang. Potong tomato dan buah avacado (optional) sedikit bawang holland dan sediakan beberapa helai salad, hirisan lemon dan sedikit sos ladahitam buatan sendiri.

menu ringkas, roti nan kambing bakar, roti nan ayam panggang


Hasilnya, roti nan daging /ayam bakar.

menu ringkas, roti nan kambing bakar, roti nan ayam panggang


Mudahkan menyediakannya....tak ambil masa lama pun. Lepas siapkan semua bahan, bolehlah masing-masing susun ikut kesukaan. Ada yang nak makan kambing..ada yang nak makan ayam. Ikut lah korang ..yang penting perut kenyang hati senang!!

menu ringkas, roti nan kambing bakar, roti nan ayam panggang


Korang pun boleh buat.....

6 Comments

  1. menarik..thanks kak Azi coz share idea...kadang- kadang even dah biasa masak untuk keluarga akan jadi buntu jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka yang ringkas-ringkas...cepat dan mudah disediakan...janji bahan ada kat rumah

      Delete
  2. Yummy! yang ringkas tu la yang sedap... Tambah2 lagi salad, tomato dan lemon yang segar. Boleh makan tak ingat dunia. hahaha

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa :D Simple dan ringkas :)

    ReplyDelete
  4. nani pun boleh buat..bawa bekal

    ReplyDelete