Hari anugerah kecemerlangan

Assalamualaikum wbt

Ahad baru ni aktiviti bukan main padat lagi untuk aku dan hubby. Dari pagi sampai ke malam. Memang menguji kekuatan mental dan fizikal betul. Seawal pagi, rutin biasa menghantar anak-anak ke sekolah. Biasanya aku boleh rehat lepas hantar diaorang. Tapi hari ni, terus bersiap untuk ke sekolah amira semula. Menghadiri hari anugerah kecemerlangan untuk tahun 2015. Tahun ni, tinggal sorang ajer, biasanya ada kakak dan abang sekali ambil hadiah. Alhamdulillah, masih mengekalkan momentum pencapaian seperti tahun-tahun lepas..mengikut jejak abang kakak.

ahad untuk anak-anak, hari anugerah kecemerlangan, hari konferansi waris


Sebelum majlis penyampaian hadiah, ada selingan persembahan anak-anak. Amira lain sedikit dari kakaknya. Kakak suka join sukan berkumpulan dan aktiviti yang lasak sikit. Amira lebih pada yang seni-seni. Suka benar dia bila terpilih untuk menyertai kumpulan persembahan sekolah. 2 jenis tarian dipersembahkan. Kalau dah minat, letaklah berapa banyak step tarian pun...depa ni boleh ingat.....

ahad untuk anak-anak, hari anugerah kecemerlangan, hari konferansi waris


Tahun ni kumpul 4 piala lagi.....dah penuh almari...nak kena tambah lagi tempat simpan piala-piala ni....

ahad untuk anak-anak, hari anugerah kecemerlangan, hari konferansi waris

Hari konferansi waris

Hubby tak dapat menyertai aku kali ni sebab ke sekolah abang irfan pulak...hari outing, ada benda nak kena cari, jadi berpecah lah kami berdua. Selesai di sekolah amira, aku bergegas pulak ke sekolah kakak - hari konferansi waris pulak untuk menandatangani laporan peperiksaan. Alhamdulillah masih berada dalam lingkungan 5 terbaik. 

Makan tengahari

Selesai di sekolah, balik ke rumah singsing lengan pulak menyediakan juadah tengahari. Macam dapat lebihan tenaga pulak hari tu. Buat yang simple-simple ajer denga bantuan hubby. Siap makan barulah boleh duduk santai kejap sambil lipat baju.

Aktiviti lain

Lepas asar, hantar irfan balik asrama ....kemas rumah....tengok kerja sekolah anak-anak..iron baju.....tidoooo......memang penat sangat... Yang penting semua orang gembira dan dan dapat raikan kegembiraan anak-anak bersama-sama.


6 Comments

  1. singgah petang sambil klik nuff.. :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak azi. In sha allah penat menjadi ibu terbalas apabila melihat anak-anak berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik T....yup tak rasa penat sebab gembira dengan rezeki Allah

      Delete
  3. Busy sunggu kak azi. Alhamdulillah seronok bila tengok anak anak berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu memang busy...sbb tu hujung minggu blog sepi..hehe

      Delete