Motivasi pagi

Assalamualaikum wbt

sayang ibu bapa
gambar google

Pagi tadi di sinarfm, ada kupasan berkaitan anak-anak dan ibu bapa bersama Dato Dr Fadzilah Kamsah...

Antara yang menarik untuk aku kongsikan di sini...

Airmata seorang ibu menentukan ke mana arah anak-anak.
Sekiranya ibu menangis disebabkan rasa gembira terhadap anak-anak, maka pintu-pintu syurga lah untuk anak-anak...
Sekiranya ibu menangis disebabkan berasa hati, kecil hati, kecewa terhadap anak-anak, maka bayangan neraka menunggu anak-anak...

Allahu Akbar.....besar sungguh kuasa airmata seorang ibu.
Sebagai ibu dan anak...sesungguhnya amat besar amanah dan tanggungjawap yang kita pikul.  Beringatlah ...agar syurga menanti kita .......

Alfatihah untuk arwah ibuku....