Tulisan trengkas

Assalamualaikum wbt

Pernah tak dengar tulisan trengkas? Atau dalam English - shorthand.

Sekarang ni tulisan trengkas ni dah tak popular. Banyak kemudahan lain yang ada. Zaman aku abis sekolah dulu, lepas SPM , memang macam kemestian untuk pergi belajar menaip, trengkas dan komputer. Tujuannya, senang kalau nanti nak pergi cari kerja. Ada kelebihan bab-bab nak menulis ni. Kurang-kurang jadi kerani atau PA bos, senang nak ambil minit mesyuarat, senang nak taip surat atau kertas kerja. Itu dulu.....back year 90an dulu. Masa, menulis kena guna typewriter, masa handphone sebesar botol air.

Masa tu memang lepas exam spm/stpm tu dah tau dah nak isi dengan apa. 3 bulan kan ..lama tu....Aku sempat jugak pi belajar menaip dan komputer program.  Tak abis pun , agak-agak pandai berenti...hahaha.....

shorthand, trengkas

shorthand, trengkas
gambar google

Inilah dia tulisan trengkas. Macam cacing. Tapi kalau korang belajar memang boleh la translate balik ke tulisan biasa. Kenapa dikatakan trengkas?...satu perkataan boleh di tulis dengan 1 tulisan ajer. Memang cepat lah ....

Kakak aku dulu masuk belajar kelas trengkas. Lepas tu dia tunjuk skil kat aku. Aku nampak memang macam tulisan cacing jer la.....apapun tak tahu....
Tapi beruntung sebenarnya belajar. Bayangkan kalau ko student U nak buat assignment. Dah tentu orang lain tak boleh tiru sebab ko sorang ajer yang paham. 

Agak-agak ada lagi tak kelas ajar tulisan trengkas sekarang ni?

4 Comments

  1. azie ni era dulu-dulu kan, tulisan trengkas ni atau short-hand kan, laa ni tak ada dah orang guna rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sekarang ni semua elektronik hehe

      Delete
    2. tapi tulisan trengkas masih digunakan di mahkamah untuk mencatit perbicaraan

      Delete
    3. tapi tulisan trengkas masih digunakan di mahkamah untuk mencatit perbicaraan

      Delete