Penutupan Jalan

Assalamualaikum wbt

Hujung minggu ni cuti agak panjang. Ye la lebih sehari sebab 31 Ogos jatuh hari Isnin jadi boleh la dapat 3 hari cuti. Apa plan? Aku tak ke mana-mana. Rilek rilek kemas rumah aje la.

Kalau korang nak gi Kuala Lumpur, bersiap sedialah mengadap jalan-jalan yang ditutup sementara untuk laluan raptai dan perbarisan hari kemerdekaan nanti.

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai esok sehingga Isnin untuk memberi laluan kepada raptai dan seterusnya sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Sambutan akan diadakan di Dataran Merdeka. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata jalan akan ditutup dari pukul 6 pagi.

penutupan jalan sempena sambutan kemerdekaan


Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Susur Muzium Negara), Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara), Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin (Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (Susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari.

Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Jalan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor) dan Jalan Mahkamah Persekutuan.
Mohd Nadzri berkata hanya kenderaan yang memiliki pelekat kenderaan khas sahaja yang dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka melalui Bulatan Dato Onn–Jalan Gereja dan kemudian diparkir di kawasan letak kereta di bawah Dataran Merdeka

Info: Astroawani.com

Selamat Hari Merdeka!!!

8 Comments

  1. ar orang KL apa lagi. kena plan awal-awal kalau nak ke mana-mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena plan awal la utk elakkan terperangkap dlm kesesakan

      Delete
  2. ar orang KL apa lagi. kena plan awal-awal kalau nak ke mana-mana :)

    ReplyDelete
  3. Hmm..nampaknya jalan2 area putrajaya je la :)

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dah balik sini... hahaha

    ReplyDelete
  5. Info yg berguna bagi orang2 yg suka ronda2 kl. Selamat Hari Merdeka!!! ;)

    ReplyDelete