Penutupan Jalan di Bayan Lepas

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi dapat berita ramai rakan taulan saudara mara yang tersangkut ke tempat kerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang disebabkan penutupan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu. Ramai juga anak-anak yang terlewat sampai ke sekolah dan tak kurang juga yang tersangkut perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, sampai terlepas flight.
Kesian betul bila jadi begini. Penutupan jalan disebabkan kerja-kerja naiktaraf lebuhraya Bayan Lepas.

Laluan alternatif yang disediakan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Ye la, area tu penuh dengan kawasan industri, pejabat dan sekolah. Pagi-pagi dah tentu sesak sesangat.

Aku share info berkaitan penutupan jalan dan laluan alternatif yang boleh digunakan sekiranya korang berada di tempat kejadian. 

Harap dapat membantu!!

penutupan jalan di Bayan Lepas, Pulau Pinang