Walaupun kita menang, kita sebenarnya kalah
Motivasi mudah
Assalamualaikum
Kalau gaduh dengan pelanggan
Walaupun kita menang
Pelanggan tetap akan lari
Kalau gaduh dengan rakan sekerja
Walaupun kita menang
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan
Kalau gaduh dengan boss
Walaupun kita menang
Tiada lagi masa hadapan di tempat iru
Kalau gaduh dengan keluarga
Walaupun kita menang
Hubungan kekeluargaan akan renggang
Kalau gaduh dengan guru
Walaupun kita menang
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan
Walaupun kita menang
Perasaan sayang pasti akan berkurangan
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun
Walaupun kita menang
Kita sebenarnya tetap kalah
Yang menang, hanyalah ego diri sendiri
Aku dapat daripada kawan tadi.
Menarik untuk direnung, dibaca berulangkali dan dihadamkan maksud yang tersirat. Ianya berlaku disekeliling kita. Tapi dek kerana ego yang tinggi, kita tewas, ditewaskan oleh ego sendiri. Berhati-hatilah dalam setiap tindakan.
8 Comments
betul tu dan bagus untuk renungan. Menang tapi kalah.... Biarlah mengalah/ memafkan asalkan tidak hilang atau kurang.
ReplyDeletekan...ada masa mengalah lebih baik
Deletemendalam maksud kata-kata nie. Bergaduh hanya akan menjatuhkan kita, Dan mengalah bukan bermakna kita kalah.
ReplyDeletebetul tu mia....win win
DeleteBetul. Walaupun zahirnya kita nampak menang, yang tersiratnya kita kalah. Rugi untuk jangka masa panjang
ReplyDeleteSetujuu :)
ReplyDelete#jangan cari gaduh, baik cari kawan biar ramai lagi bagus.
ReplyDeletedapat juga minggu lepas ... dalam whatsapp
ReplyDelete