Meriahnya Aidil Fitri Kami
Raya kami 2015
Assalamualaikum
Dah masuk 11 Syawal baru nak berkisah tentang raya kami. Tak lambat lagikan?
Raya kami simple ajer, sama seperti tahun-tahun sudah. Sambutan dimulakan di rumah mertua. Tahun ni ada kenduri berbuka puasa sebelum raya. Meriah juga bila semua adik beradik hubby dapat sampai sebelum waktu berbuka. Tersenyum mertua walaupun diri sendiri dalam kepenatan.
Bila dah berkumpul 6 beradik dan pasangan, ditambah pula dengan anak-anak, memang riuh jadinya. Bila malam masing-masing sibuk cari port untuk bentang tilam. Separuh di rumah atas, yang lain-lain di bawah. Mencari port tidur pun riuh, masing-masing berebutkan kipas....raya tahun ni cuaca agak panas. Keutamaan pada yang ada anak kecil.
Pagi raya, aktiviti biasa. Hubby memang dah jadi kebiasaan akan sediakan satu juadah untuk dimakan bersama. Pagi tu kami masak sup tulang gear box campur daging...hahha...berasap semua. Satu periuk besar, makan lepas balik solat raya. Yang lain-lain adalah jugak gulai daging dan lemang. Kali ni tiada rendang di pagi 1 syawal sebab masing-masing kepenatan kenduri hari sebelum tu.
Lepas masing-masing balik solat, episod biasa, anak-anak berbaris bermaafan dan mengumpul duit raya. Seronok tengok gelagat anak-anak. Lepas tu edisi bergambar. Riuh rendah masing-masing.
Petangnya, masing-masing ikut plan sendiri nak beraya ke mana. Aku macam biasa akan ke rumah rakan ofis yang tinggal berdekatan. Tak banyak rumah yang diterjah, anak-anak pun dah kepenatan, nak kena rehat awal sebab esoknya nak balik kampungku pula di Melaka.
Raya 2, kami di Melaka. Dapat jugak berjumpa dengan adik beradikku yang lain. Walaupun sekejap masa yang terluang bersama tapi amat bermakna untuk kami sekeluarga. Anak-anak saudara ada yang tidak dapat berjumpa, masing-masing dengan komitment keluarga masing-masing. Di Melaka tak ramai anak-anak kecil, anak-anak saudara sebelah aku ramai yang dah berkeluarga sendiri. Pada aku yang penting dapat jumpa ayah dan abang kakak..puashati.
Sempat juga meluangkan masa berbuffet di EQ, melayan anak-anak di kolam. Masa yang singkat dimanfaat bersama dengan pelbagai aktiviti yang sempat dibuat. Sempat juga ke rumah kawan-kawan berhari raya. Setahun sekali berjumpa, banyak sungguh cerita yang dikongsi. Moga ukhwah kita berkekalan sampai bila-bila.
Raya ke 4 dah balik rumah sendiri.
Sambutan yang sederhana dengan masa yang terhad...tapi alhamdulillah setiap detik diraikan dengan sebaiknya....
Moga bertemu lagi di Syawal yang akan datang.......

juadah kenduri

family hubby

family sendiri

kami semua
Moga bertemu lagi di Syawal yang akan datang.......
4 Comments
Memang meriah betul ni :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
ReplyDeletewww.azlindaalin.com
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
ReplyDeletewww.azlindaalin.com
meriahnya bestkan kalau keluarga besar mcm ni
ReplyDelete