Kuih tradisional

Assalamualaikum

Semasa beraya di kampung baru-baru ni, aku terjumpa kuih ni, jarang-jarang sekali nampak. Agar-agar kering. Agar-agar kering ni merupakan kuih tradisional lama. Biasanya ia dibuat dalam perlbagai warna untuk tampak lebih menarik.  Agar-agar ini dijemur sehingga kering dan tahan lama.

Aku tak pernah buat tapi suka beli kalau terjumpa yang menarik di mata.  Rasanya agak manis, tak boleh makan banyak. Sekadar rasa bila teringin.

kuih tradisional


Aku  sertakan resepi yang aku google sekiranya ada yang nak cuba buat.

Bahan-bahan :
  1. 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
  2. 400 gm gula
  3. 1 cawan gula batu
  4. 6 gelas air
  5. Daun pandan
  6. Pewarna merah dan hijau

Penyediaan :
  • Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api.
  • Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.
  • Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai.
  • Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan mengecut apabila dijemur.
  • Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang dan jemur ditengah panas sehingga betul-betul kering.
  • Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua bahagian agar-agar kering dengan sekata.
  • Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.