Menu hari raya

Assalamualaikum

Mencari-cari hidangan istimewa untuk tetamu di hari raya dan rumah terbuka?
Jom korang buat nasi mandhi.  Arabian sekejap!!

Resepi ni aku ambil dpd blog : www.lydiahoney2003.blogspot.com


Menu hari raya
Nasi ni kami masak 2 minggu lepas untuk iftar. Berebut anak beranak..hehe

CHICKEN MANDHI
Mandhi (Arabic: المندي) adalah hidangan nasi yang berasal dari Yaman. Ianya juga popular di seluruh negara- negara arab dan tak kurang juga di negara kita Malaysia. Dalam penyediaan nasi Mandhi nie, basmathi digunakan dan dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dan rempah ratus. Mandhi asli di masak dalam oven khas yang diperbuat dari batu/tanah liat (Taboon in Yemeni)dan ditutup rapat dengan bara api.
Mandhi biasanya menjadi hidangan utama untuk upacara perkahwinan ataupun sesuatu acara keramaian.
Resepi kat bawah ni saya dapat dari minah arab Yaman, iatu kawan saya yg dah 7 tahun dalam memori saya dan dah berkali- kali saya cuba..rasanya pun agak sama macam kat restoran yang makan kat Saudi..
Ikut suka anda lah nak masak dengan ayam atau daging.. Kemestian nasi ni dihidangkan dengan salsa tomato dan nak lebih enak hidangkan dengan sup, iaitu air rebusan ayam/daging yang diperah dengan sedikit lemon....
�� Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dipotong 2 dan di cuci bersih
1tsp serbuk ketumbar
1/4 tsp lada hitam - biji
1 inci halia
1/2 tsp bunga cengkih
1 tsp cardamom powder
2 labu bawang besar- dibelah 8
2 helai daun bay
1 cmt Arabic mixed spices
*sedikit pewarna kuning/ kunyit/ safron
**Sedikit minyak zaitun
***Arang sebesar buah rambutan
Cara-caranya:-
Rebus ayam bersama semua bahan di atas kecuali bahan bertanda * hingga empuk dan lembut, dalam 45 minit ke satu jam.
Kalau ada guna presure cooker lagi sempoi.
Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna* yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan bakar sebentar sehingga golden, ketepikan.
�� NOTE:- Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.
 NASI
Bahan- bahan:-
3 cawan beras basmathi ~ rendam 1/2-1 jam bersama 1 camb garam dan toskan
1/4 cawan minyak sunflower/ minyak masak/ ghee cair
1 biji cili hijau - tak boh sbb tak ada
6 cawan air/ stok ayam (ikut jenis beras, normally 1:11/2 but beras kat umah sedara ni 1:2)
Rempah tumis:-
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
4-5 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa jika perlu
Beberapa titik pewarna kuning- tak der pon tak per
Cara penyediaan nasi:
Panaskan minyak/ ghee dalam periuk, masukkan cili hijau dan bahan tumis, gorengkan sebentar sejingga sedikit naik bau dan cili layu.
Masukkan beras dan gorengkan sedikit sehingga transparent.
Masukkan air panas/ stok panas, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih, jika perlu add garam.
Bila mendidih, kacau sedikit dan biarkan nasi masak serta kering airnya sikit.
Perlahankan api, titiskan dengan sedikit pewarna kuning jika suka.
Buat lubang sedikit di tengah- tengah periuk, letakkan cawan/ manggkuk kecil dan susunkan ayam dalam periuk.
Letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara ke dalam cawan/ mangkuk kecil, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu.
Masa ni asap akan keluar berkepul-kepul, jangan PANIK!. CEPAT- CEPAT, tutup periuk dengan aluminium foil dengan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berat supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5 minit dan offkan api serta keluarkan mangkuk/ cawan yag ada arang tadi.
Tutupkan semula periuk kemas- kemas dan tanaklah nasi sehingga masak sepenuhnya.
JANGAN dikacau nasik tu just keluarkan cawan/ mangkuk yang ada arang bila nasi dah masak.
Off kan api dah biarkan nasi dalam periuk selama 5 minit, JANGAN DIKACAU.
Selepas 5 minit baru , keluarkan ayam dan gemburkan nasi dengan garfu.
Hidangkan dengan salasa tomato.
 SALSA TOMATO
blend 2 biji fresh tomato yang masak ranum + 1-2 biji cili hijau/ api +1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang).
Siap!
�� NOTE:- Kelainan nasi ni terletak pada aroma asap daun salad tu ikutlah suka daun apa yang ada dan yg nk makankat umah. Tapi kalau di arab ni daun jarjir yang selalu dihidangkan be sama mandhi.
�� Lydia Honey

4 Comments