Menuai Madu Kelulut

Assalamualaikum

Bila cuti, macam-macam benda boleh buat di sekitar rumah.  Antaranya yang terkini dalam senarai ialah mengambil madu kelulut. Seronok tau!!

Kelulut yang di bawa keluar dari hutan selalunya berada dalam log kayu. Ada team yang rajin mencari log-log ini dari hutan. Kena rajin hubungi mereka-mereka ini untuk mendapatkan spesis-spesis yang sesuai hidup di kawasan rumah.  Untuk memastikan aktiviti pengeluaran madu berjalan, kenalah perelokkan sedikit sarangnya.  


amalan sunnah, madu, perubatan semulajadi, khasiat baik

Sebaik sampai kat rumah, proses pertama ialah menyediakan kotak di bahagian atas log kayu. Lepas buat kotak tu, boleh tutup dengan plastik lutsinar tebal supaya boleh tengok kerja-kerja pembentukan kantung madu. Nanti boleh la monitor progress. Dalam kotak kayu tu, di bahagian tengah kenalah tebuk lubang besar sedikit supaya askar-askar kelulut boleh bergerak ke ats memasuki kota yang baru. Tapi sebelum tu kenalah letak sedikit umpan bekas-bekas sarang/telur di bahagian bawah naik ke atas. Menarik sebenarnya proses kerja dan pembentukan sarang kelulut ni. 

amalan sunnah, madu, perubatan semulajadi, khasiat baik

Yang ni antara kantung madu yang telah dibuat oleh askar-askar kelulut di dalam kotak atas tu.  Spesis kelulut kecil ni membuat kantung madu yang kecil-kecil tapi rapat-rapat. Satu-satu saiz sebesar buah cenderai, lebih kecil daripada buah cermai.

amalan sunnah, madu, perubatan semulajadi, khasiat baik

Walaupun kecil-kecil kantung madunya tapi hasilnya boleh tahan.  Ni hasil daripada kantung-kantung madu yang aku tunjuk di atas. Hampir memenuhi 1 botol ini. Madunya kali ini amat manis. 

Istimewanya madu kelulut ni aku ada berkongsi di : khasiat madu kelulut

Teruja sebenarnya melihatkan proses penghasilan madu kelulut ini.  Kali ni kami tak risau sebab madu yang kami perolehi memang asli bukan campuran ataupun tiruan.  Sekarang ni amalan minum air madu setiap hari merupakan perkara yang perlu kami sekeluarga lakukan. Tak perlu banyak, penjagaan 2-3 log pun mencukupi. Amalan sunnah yang mudah untuk dipraktikkan.

4 Comments

  1. Sedapnya. Boleh la makan lempeng ngan madu sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik T.
      Teringat lempeng cikgu semalam...hahahha

      Delete
  2. uniknya..1st time tengok madu kelulut ni..

    ReplyDelete