#Cabaran20Hari

Assalamualaikum 

Tajuk Cabaran20Hari kedua - pengalaman sahur.

Bila tiba bulan puasa, rutin pemakanan harian automatik bertukar. Awal-awal puasa memang agak berterabur sikit nak sesuaikan diri terutama bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.  Sebaiknya amalan bersahur tidak ditinggalkan. Bangunlah sahur walaupun dengan hanya memakan sebiji kurma dan segelas susu.

#cabaran20hari , pengalaman sahur


Pelbagai pengalaman berbeza pernah dilalui jika dikaitkan dengan bersahur ini. Masa kanak-kanak lain pengalamannya, dewasa, pelajar,pekerja dan sebagai ibu dengan pengalaman yang berbeza.  Yang paling aku tidak boleh lupa adalah ketika bergelar pelajar di Universiti Sains Malaysia.  Berada di sana selama 4 tahun meninggalkan pengalaman penuh erti.  

Tahun pertama berjauhan dengan keluarga menyambut ramadhan memang sedih tak terkira lah. Masa tu la teringat masakan mak, kuih-kuih yang biasanya mak sediakan masa berbuka. Maklumlah aku berasal dari selatan dan berada di utara, menu memang banyak juga bezanya. Mujur roomate aku ketika itu juga berasal dari negeri yang sama. Bila ber `roomate' kan senior, dah tentu kita ikut mana yang sesuai.

Amalan kami di bulan puasa, makan secara beramai-ramai ...kami panggil makan korum. Roomate aku dengan beberapa rakan nya dan aku pun dengan beberapa orang rakan aku. Bila kumpul-kumpul korum kami ada dekat 15-20 orang yang kebanyakannya tinggal di blok yang sama. Mudah sikit. Bila cukup korum maka, berbahagi tugas la antara kami. Ada yang ditugaskan membeli makanan untuk berbuka dan ada yang ditugaskan membeli makanan untuk bersahur. 

Paling meriah ketika bersahurlah.  Selalunya kami akan beli makanan siap-siap pada jam 1 atau 2 pagi. Dalam USM ketika itu ada beberapa kafeteria yang buka hingga waktu sahur jadi untuk membeli makanan tidak menjadi masalah.  Bila tiba giliran aku, adalah motorsikal senior yang akan menjadi mangsa...hehe. Ye la sapa pulak nak menapak pergi cari lauk. Bukan sikit-sikit tau, paling kurang untuk 10 orang makan !!

Kebiasaannya aku dan beberapa rakan akan ditugaskan juga mengejut rakan-rakan korum untuk bersahur. Meriah masa tu bila nak gi kejut kawan-kawan. Ada pulak yang akan ditugaskan menghidang makanan. Berkognsi-kongsilah kami makan juadah yang ada. Walaupun makanan tu selalunya sejuk tapi sebab dah makan beramai-ramai, rasa berselera ajer.

Dari setahun ke setahun, bila ada junior baru masuk, kami akan pastikan tradisi ini diteruskan di blok kami. Menambah keakraban antara penghuni. Antara aktiviti ramadhan penghuni desasiswa permai blok H16.

Setiap kali menjelang ramadhan, kisah ini la antara yang akan terkeluar dalam perbualan kami. Aku dan senior junior masih lagi berhubung sampai sekarang. Moga persahabatan kami berkekalan sampai bila-bila....

Kisah lain #Cabaran20Hari

4 Comments

  1. Bestnya sahur masa duk ostel. Rindu....

    ReplyDelete
  2. Teringat sahur first time kat umah bujang masa mula2 duk kl....sedih sampai menangis

    ReplyDelete