#Cabaran20Hari : Apa Erti Puasa Pada Saya

Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum


Cabaran bermula..blogger tegar ke aku? Kita tengok..hehe

Apa erti puasa pada Azirahman?

Puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi puasa juga mengajar erti kita kesabaran.  Bulan puasa juga adalah bulan untuk kita menambah dan melipatgandakan amalan-amalan wajib dan sunat. 

#cabaran20hari , erti puasa

Kanak-kanak

Masa zaman anak-anak, puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu sebab lepas tu boleh raya...makan best..main bunga api, kumpul duit raya . Tak sabar menunggu masa berbuka. Ketika aku masih anak-anak, amalan bertukar-tukar juadah dengan jiran-jiran sebelum berbuka puasa memang meriah. Mak buat satu juadah tapi banyak. Sejam sebelum berbuka, aku dan kakak atau abang akan ke rumah jiran-jiran berdekatan menghantar juadah. Lepas tu kami balik rumah bukan dengan tangan kosong...penuh jugak. Macam-macam makanan boleh rasa.

Alam sekolah dan belajar

Bulan puasa masa untuk test skil memasak dan buat kuih untuk berbuka. Kena buat betul-betul sebab nanti nak bagi jiran-jiran rasa.  Masa di U pulak, meriahnya bulan puasa tak boleh nak cerita.  Berbuka, bersahur beramai-ramai, tidak ketinggalan bersama-sama menunaikan sembahyang tarawih dengan kawan-kawan. Seawal seminggu puasa, kami pastu dah beratur di kaunter beli tiket bas sebab takut tak dapat balik kampung. Meriahnya bulan puasa sebagai pelajar!!

Alam pekerjaan

Bulan puasa, penat bukan main. Awal pekerjaan aku di kotaraya kuala lumpur. Memang bila petang berebut-rebut naik bas, kejar LRT..takut tak sempat sampai rumah untuk berbuka. Sepanjang aku bekerja sebelum bekeluarga sendiri, aku memang tak pernah berbuka puasa di luar. Setiap hari aku akan pastikan berada di rumah sebelum waktu berbuka...berbuka dengan keluarga masa yang lebih bermakna.

Bekeluarga

Bila dah berkeluarga ni, puasa lebih bermakna. Melayan kerenah anak-anak yang baru nak belajar berpuasa, yang dah pandai pilih juadah sendiri dan sekarang ni anak-anak pun dah boleh membantu di dapur. Bulan puasa ni, aktiviti-aktiviti lebih banyak dihabiskan dengan keluarga. Puashati bila dapat sediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur. 

Masyarakat

Bulan puasa, selain dari apa yang diajar, apa yang dibuat, ia juga bulan rezeki pada segelintir masyarakat.  Bulan puasalah kita dapat lihat pelbagai jenis juadah di jual, pelbagai jenis fesyen di ketengahkan untuk menarik pembeli.  Kalau silap langkah, kempis poket jadinya.

#cabaran20hari , erti puasa


Syukur sesangat sebab aku dapat lagi menjalani ibadah puasa tahun ini. Moga amalan yang dilakukan diterimaNya. Moga bertamu lagi di ramadhan akan datang.......


You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook