Mesin lama

Assalamualaikum

Perkembangan teknologi sekarang terlalu pantas. Pelbagai aplikasi diperkenalkan untuk memudahkan tugas-tugas harian dijalankan. Ada aplikasi bermakna adalah gadget baru yang sesuai untuk digunakan.

Dulu masa di kolej, kalau ada yang membawa komputer ke bilik memang dipandang hebat. Orang mampu. Ye la dulu-dulu, komputer bukan semua orang boleh memilikinya. Dapat bawa mesin typewriter buruk pun dah rasa hebat. Biarlah berat berkilo.

Bila tiba musim  buat assignment..ketak ketuk ketak ketuk kedengaran dari bilik ke bilik. Ada tu, kena tunggu giliran tuanpunya mesin taip guna sebelum boleh pinjam. Dapat duit pinjaman, berderet-deret la ke kedai memilih mesin taip.


mesin taip, komputer, laptop, tablet

Aku ingat dulu, aku punyai mesin taip yang mempunyai huruf-huruf tulisan sambung. Bangga sekejap sebab punyai alat yang lain daripada orang lain. Kawan-kawan pun berebut-berut jugak minta pinjam untuk hasilkan assignment menarik.

mesin taip, komputer, laptop, tablet
Ni la hasil daripada typewriter tulisan sambung. Puisi ni kawan aku yang hasilkan. Tak tahu kat mana dia berada sekarang ni.

Sekarang ni, anak-anak sibuk dengan gadget-gadget yang lebih canggih. Ada laptop, ada tablet, boleh diusung ke sana ke mari.

Esok-esok....tak tahu apa lagi yang akan diperkenalkan.....


7 Comments

  1. Replies
    1. Iye la FR 1992....berkawan dengan senior puitis

      Delete
  2. feel dia lebih menangkap,sekarang feel dah digitalised.

    ReplyDelete
  3. haha azie dulu memekak je menaip malam2 guna mesin taip ni kan.. hihi nostalgia ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni bg kat anak-anak cuba pun depa gelak jer hehe

      Delete
  4. wah masih simpan ya kak azi...barang antik ni

    ReplyDelete
  5. dulu masa kecik pernah nampak my sis type surat guna bnde alah type tu, mesti mhl kan bnde tu klu nk beli skrng

    Jom Terjah : Bukti cukai GST di Malaysia naikkan harga barang


    ReplyDelete