Makanan kegemaran Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum

Di bulan puasa ni, selalunya aku akan cari makanan atau kudap-kudap yang mudah didapati dan mengenyangkan. Apa kudap-kudap yang mengenyangkan?
Pilihlah makanan yang sesuai juga untuk kesihatan. Lebih baik kalau kita dapat mengambil makanan yang juga menjadi kegemaran Rasulullah saw.

Apa makanan kegemaran Rasulullah saw?

1. BARLI - biji barli yang direbus sesuai juga untuk melawaskan sistem perkumuhan. Kalau demam, inilah minuman yang aku akan cari sebab bila demam selalu hilang selera makan. Minum air beserta biji-biji barli ni secara tak langsung akan rasa kenyang.

amalan sunnah, makanan kegemaran rasulullah, barli, madu, buah tin, kurma, delima


2. BUAH TIN - buah dari syurga. Boleh juga mengubati buasir.

amalan sunnah, makanan kegemaran rasulullah, barli, madu, buah tin, kurma, delima


3. KURMA - nabi saw pernah bersabda, rumah yang tidak ada kurma adalah rumah yang tiada makanan. Bulan puasa ni memang setiap rumah ada stok buah kurma kan? Setiap kali berbuka dan penutup sahur kami akan makan beberapa biji kurma.

amalan sunnah, makanan kegemaran rasulullah, barli, madu, buah tin, kurma, delima


4. ANGGUR - buah anggur membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5. MADU - ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.  Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air suam, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Sesuai diminum pagi dengan air suam. Kami amalkan minum air madu ni setiap hari. Badan tetap kekal bertenaga sepanjang hari.

6. SUSU - Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan. Ia juga menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

7. MINYAK ZAITUN - juga sesuai untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

8. DELIMA - membersihkan dalaman badan.

amalan sunnah, makanan kegemaran rasulullah, barli, madu, buah tin, kurma, delima


Ada lagi makanan-makanan sunnah yang ada. Ini adalah antara yang selalu aku dan keluarga amalkan samada makan begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam masakan.



3 Comments

  1. memang bagus untuk kita amalkan ..

    ReplyDelete
  2. dlm byk2 ni .buah tin saya tak tahu yg mna satu

    ReplyDelete
  3. yang lain saya makan. buah tin saya x biasa hehehe

    ReplyDelete