Dia Isteri Luar Biasa

Terjebak lagi nampaknya aku kali ni.
Hari tu dah janji satu jer..satu jer...tapi tengok sekarang dah tambah satu lagi.

Apa kes?

drama, tv3, isteri luar biasa
Ni la kesnya.
Tertengok punye kes.  Tertengok pun bukan real time. Tengok online ajer. Tapi bila dah mula, rasa nak tau tu bersambung lepas satu satu.
Belek-belek almari buku, oohhh rupanya ada novel ni di rumah.  Baca laju-laju sampai habis. Ok! Aku dah tahu ending cerita ni so kalau tertinggal pun tak la terasa sangat.

Sinopsis :

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?


9 Comments

  1. tazabar nak tunggu habis kannnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la pasal....cari novel bagi tau ending dulu

      Delete
  2. curi2 tengokkk mana yg sempat, sebab suka tengok Dr. Raden Amzar tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....kak zie tengok weekend jer..buat marathon

      Delete
  3. Sempat layan kejap-kejap jea..hehe..

    ReplyDelete
  4. dah baca novel die.best gak hehehe

    ReplyDelete