Food Review : Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet
Aktiviti bersama keluarga
Aktiviti yang selalu aku sefamily lakukan bila ada cuti panjang ialah jalan-jalan cari makan. Hah...makan sajer kan?? Kali ni kami ke Puncak Mutiara Cafe di Kg Pelet, Kubang Semang, Pulau Pinang.
Gambar kurang terang, credit to website puncak mutiara
Apa yang istimewa di sini ialah hidangan kambing pelbagai masakan, nasi beriani, hidangan kampung dan tidak ketinggalan juga hidangan western. Kawasannya agak luas juga. Kalau nak buat jamuan pun ada bilik berhawa dingin, ada dewan terbuka, ada juga meja-meja yang diletak dalam pondok-pondok kecil sambil menikmati suasana kampung. Tempat makan ni terletak di hujung Kg Pelet, jadi memang suasana kampung sepenuhnya. Ada juga kandang kambing dan kolam ikan. Mereka yang bercadang untuk mengadakan hari keluarga juga, lokasi agak sesuai.
Credit gambar-gambar di atas pada website puncak mutiara.
Suasana malam di sini.
Harga makanan - tidak la terlalu mahal. Sesekali berbelanja ok la. Oleh kerana pada hari-hari cuti, pengunjung agak ramai ke sini, jadi korang kenalah cepat buat pilihan makanan yang ingin dicuba.
Kali ni kami cuba hidangan nasi.
Nasi beriani ayam kampung beserta air asam dan dalca. Ini pilihan aku. Sedap!!! Kuah dalcanya ada dimasukkan hirisan daging. Harga RM16.80
Tajuk hidangan ini - Puncak Mutiara Special. Ada dalca, air asam, kari kambing dan daging serta telur rebusdan salad. Pilihan irfan. Harga RM23.80
En suami, amira dan afiah mengambil hidangan western. Harap maaf tak sempat mengambil gambarnya sebab sibuk dengan si kecik.
Kalau berkunjung di waktu siang, boleh la korang jengok-jengok kandang kambing yang ada disini. Pada korang yang teringin nak merasa hidangan kambing segar dari ladang, boleh la singgah kat sini. Boleh jengok-jengok kat website Puncak Mutiara Cafe. Kalau nak booking, aku sertakan contact number.
Pada peminat hidangan kambing, jom cuba di sini!
9 Comments
sedapnyaaaa. terliur nani tengok
ReplyDeleteKalau tengah lapo...lagi best nani hehe
Deletenampak sedapp ^_^
ReplyDeletejom try
Deletemakanan kat situ memang sedap..blog k.azi semakin cantikk..tahniah
ReplyDeleteTerima kasih khaty....bertambah semangat ber blog
Deletehaish..sabar jela iman oi..penang ni..jauh beno.. haha.. btw jemput bg support kat blogger baru ni ye..
ReplyDeletehttp://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/05/newbie-blogwalking-2015-by-eyra-saha.html
terima kasih melawat sini...nanti akak gi sana yer...
DeleteSEDAP NAMPAK NASI BERIYANI TU KAK AZIE!
ReplyDelete