Drama bersiri : Isteri Separuh Masa

Bila dah terjebak, ini lah jadinya, tak boleh miss tengok episod seterusnya.
Dah lama aku tak mengikuti drama-drama yang disiarkan di tv.  Bukan tak berminat cuma tak nak terjebak. Tapi tewas jugak dengan siri ini.  Berjaya jugak anak dara aku memujuk ibunya menonton sekali. Ok - satu siri ajer buat masa ni.

Apa yang menarik aku menonton cerita ni?
Yang pertamanya - lokasi penggambaran cerita ni kebanyakannya dibuat di Universiti Sains Malaysia. Tempat jatuh lagi dikenang , teringat kenangan-kenangan lama dengan kawan-kawan menapak dari satu dewan ke satu dewan kuliah, cafe....hmmm....memang tak boleh miss mana-mana rancangan yang buat di USM. Padahal bila-bila pun aku boleh pi melawat USM tu..hehe..
Teringat kisah-kisah roomate, desasiswa mate yang bercinta, berdating. Menonton sambil bercerita dengan anak-anak ...ohh tu dewan kuliah ibu dulu. Dulu kelas ibu kat situ la...haaa...kat situ la ibu selalu makan tengahari.

Yang kedua - aku ada novel ISM ni. Dah 2 kali baca. Bacaan pertama, menghayati. Bacaan kedua, selepas menonton episod pertama ISM - lebih menghayati dan ada feel sikit sebab bila baca ko boleh bayangkan watak yang dibawa oleh pelakon siri tersebut.

Ok...kalau korang berminat, jangan lupa setiap Isnin Jam 10 malam di Astro Ria.

drama melayu, emma maembong, aiman, astro


Sinopsis : (Diambil daripada laman web kaki novel)
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima  kekasihnya, ZIta sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan `perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Media Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya?  


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

4 Comments

  1. KG pun layan juga drama ni..tapi selalu tengok ulangan dekat memana blog la yg ada sediakan ulangan dia...best kan...

    ReplyDelete
  2. Fuhh menarik tp lya tak pernah tgk cter ni kak zie..

    ReplyDelete
  3. saya x layan lak drama melayu... adik saya yang lelaki rajin sangat layan cter ni. hehehe

    ReplyDelete