Tahukah anda?...segmen tambah ilmu

Korang kenal tak apa ni?

masakan, asam pedas, laksa, resepi,herba,perubatan, awet muda

Inilah dia si bunga kantan. Aku suka baunya.  Rupanya, selain daripada digunakan dlm masakan, ia ada lagi khasiat tersembunyi yg aku tak tahu.

Khasiat si bunga kantan :

  • Bunga kantan selalunya digunakan dlm masakan melayu sebagai penambah rasa  untuk membuat kuah laksa, asam pedas. Kalau bubuh dlm masakan hmmm...aromanya memang membangkitkan selera.
  • Bunga kantan juga merupakan salah satu bahan utk kerabu seperti kerabu mangga.
  • Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yg baik utk kesihatan. Antioksida yg terkandung dpt mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda.
  • Ia juga dikatakan boleh mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yg masih suam boleh digunakan utk membasuh luka. 


Hmmmm....bagus rupanya bunga kantan ni....kena tanam banyak lagi lah macam ni.....


6 Comments

  1. ermmm...wanginya bau bunga kantan dalam makanan... kalau nasi goreng kerabu tu letak bunga kantan hiris2 banyak sikit... sedapnyaaaaaaaaa.... :)

    ReplyDelete
  2. wah bukan sekadar bahan penambah rasa.. ttp ada kebaikannya...

    ReplyDelete
  3. tetiba terbayang laksa. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. suka dengan bau bunga kantan , sebab angah suka laksa. dalam laksa , ada bunga kantan..

    ReplyDelete
  5. oooooo baru tahuuuu.tapi bunga kantan mahal skrg.rm2 sebatang.

    ReplyDelete
  6. bunga kantan dah mahal le sekarang, kena tanam belakang rumah ni ;)

    ReplyDelete