Cadang nak tukar rupa rumah ni...godek sana godek sini tak menjadi...
Cadang nak update pasai raya baru ni...rupanya aku terlupa bawak wayar penyambung a.k.a charger ip aku plak...nak update melalui ip rasa tak syok pulak bila laptop ada depan mata....ishhhh....

Tu la bila dah usia bertambah nih...(manusia sukakan salahkan faktor usia ...)
Padahal diri sendiri tu yg tak berhati2....

Tengahari tadi aku dengan rajin nya start enjin kereta keluar carik makan. Sebenaqnya en hubby suruh aku pergi ambik cermin sisi kereta yg dah pecah 2 minggu lepas. Hasil daripada kecekapan en hubby memandu hasilnya hampir 2 minggu aku bawak kereta tanpa cermin sisi belah driver...huhuhu...tawakkal ajer guna cermin pandang belakang.

Mungkin sbb hati tak 100% kata jom keluar carik makan & jalankan amanah ni...maka ada insiden kecil semasa aku nak keluarkan kereta tadi. Bukan la insiden apa cuma nya...aku keluar peak hour masa org sibuk nak keluar lunch...masa org sibuk nak pergi solat jumaat dan jugak laluan ni memang sibuk sentiasa sbb sebelah ofis aku ni bangunan bank...bank tengahari memang penuh tambah pulak parking yg limited.  Ditambah pulak dengan pemandu2 yg lebih pentingkan diri sendiri..

Dlm aku reverse kereta tu ada dah yg tunggu kat belakang nak masuk....depan pulak ada keta parking tak mo gerak dan aku kena ambik jalan sikit supaya aku boleh gerak ke depan.....dlm sibuk2 kereta kat situ...dtg la sorang uncle yg tak berapa cukup ni ketuk tingkap kereta aku...tingkap aku bukak sikit nak keluarkan haba panas....

Macam biasa la bila uncle tak berapa cukup ni  datang dia memang nak ko hulurkan duit kononnya dia bantu ko keluar/parking kereta....aku dah la ....panas....ada pulak yg sibuk nak mintak duit pulak....terus aku kata takde...takde...sambil aku naikkan tingkap kereta....tak perasan tersepit pulak jari uncle tu...huhuuhu....adoi sakit la tersepit ni..uncle tu kata....huhuuhu..cecepat aku turunkan balik cermin tu sikit bagi dia tarik jari dia dan aku terus berlalu...

Dalam hati ...ya Allah berani pulak aku...kalau la dia ketuk cermin kereta tadi lagi sepasal pulak jadinya....
Kalau korang nak tak uncle tak berapa cukup tu bukan sebab oku atau ape...cuma carik duit utk beli benda2 yg kurang elok dimakan/minum....tengok gaya pun tahu.....

Panjang sudah cerita aku ...moralnya :
1- kalau org mintak tolong tu kena la ikhlaskan hati dan niat terutama bila en hubby yg suruh...hehhehe...
2 - lain kali jangan dok nak buat berani-berani ....kadang2 malang tak berbau............


0 Comments