Dah lama kan aku tak update. Kalau korang masuk blog ni asyik tengok gambar rama2 tu jer la ..kesian kat korang.....
Life aku macam biasa....sentiasa berkejaran dengan masa nak selesaikan satu persatu daripada hal rumah, anak-anak dan pejabat.  Bila end of the day aku memang dah flat......tak larat dah nak tengok blog ni.....maka kesunyian la tanpa update2 baru.
Hari ni ada masa lak yer?...hehe...mencari masa....5 min cukup tak utk satu entry?...
Sekarang ni dah bulan May ...sekejap jer kan...tau2 nanti dah hujung tahun.
Macamana dengan PRU13?....sekarang ni tengah hangat cerita lepas PRU pulak yer?..
Aku tak berminat nak cerita bab politik kat blog ni.....kang kena scan pulak..

Anak2 aku sekarang ni sibuk dengan exam mid term....irfan dah start exam minggu ni, afiah dan amira 2 sebelum cuti sek nanti.  Harap2 semua bersedia walaupun aku sekarang ni dah amat jarang nak belek2 buku latihan dengan budak2 ni....tp aku tau diaorg buat latihan yg aku suruh cuma aku jer yg tak sempat nak menyemaknya....yg penting anak2..korang kena yakin dengan kemampuan korang....

Adik dzakwan?..hmmm..budak ni semakin lasak sekarang ni. Macam2 benda dah pandai buat. Memang yang ni lain sikit pe'el dia berbanding dengan yg 3 lagi tu. Perkataan pun dah beberapa patah baru yg dia dah pandai sebut...alhamdulillah.


Ni dia...amacam ensem tak saya...hehe

Hujung bulan ni dah start cuti sekolah.....memang aku tunggu ...nak rehat .....dah ada beberapa plan utk menghabiskan masa dengan keluarga . Moga dipermudahkan ....tiba masanya aku update nanti..

Projek sekarang - 5s rumah sendiri...banyak betul barang2 yg perlu dibuang...LETS ORGANISE!!


0 Comments