Hari ni update cerita lagi....ada lagi cerita ceriti nak update tp aku betul2 tak dak masa nak mengadap skrin ni lama2. Tengahari ni tak pi lunch so boleh la layan kejap, kalau kat rumah memang tak sempat masa cukup2 jer. Balik kerja, layan dzakwan sekejap, solat, masak dinner + lauk utk anak2 keesokan harinya, main2 ngan dzakwan..terus kebabommmm...alhamdulillah dzakwan tak buat perangai sangat malam2 senang nak jaga.
Hehe..tp bukan tu nak cerita sebenarnya. Kali ni nak cerita aktiviti kami sekeluarga Ahad yg baru lepas ni. Cuti sek kali ni memang tak plan ke mana, so hujung minggu kami buat aktiviti ronda2 ajer. Destinasi kami kali ni ialah Tg Dawai....korang tau tak apa yg ada kat Tg Dawai ni?...Kat sini kalau nak makan seafood fresh, nak carik ikan kering, ikan bilis dan sebagainya boleh la datang.
Kat mana Tg Dawai ni? Terletak di negeri Kedah...daerah Kuala Muda. Hari tu kami main terjah ajer selepas dpt info serba sedikit dpd kawan hubby. Kami ni nama jer dok kedah tp byk tempat kami tak tau....hehe. Kami ikut highway utara selatan masuk exit Yan..pandu terus sampai pekan Yan Kecil terus lagi pastu ikut jer arahan sign board aku nak cerita pun tak tahu. Byk nama tempat yg aku dah tak ingat..tak familiar. Sebelum tu singgah kat Pekan Yan Kecil sekejap hubby beli barang.
Tiba kat Tg Dawai tu punyer ler ramai org...ada yg berehat2 ambik angin petang tepi pantai....yg ramainya bershopping2 produk2 kering yg aku bagitau tadi la.  Ada 2 cara nak ke sini..satu korang boleh ikut jalan darat, satu lagi korang boleh naik bot dpd Pantai Merdeka..tambangnya Rm2 kalau tak silap. Kalau nak carik ikan fresh2 boleh datang dlm kul 12 tengahari ke 2 ptg ..masa tu bot2 byk yg naik bawa hasil tangkapan.

Jom layan gambar....



Belakang afiah ada bot nelayan yg sedang menurunkan hasil tangkapan...byk jugak tengok tong2 yg diangkat



Irfan layan pemandangan laut..ni dekat jeti utk tunggu bot yg sampai @ nak pi ke pantai merdeka. Ada bangku2 batu disediakan so boleh la layan angin laut...best gak


Amira pun layan sengih jugak....
 
Kat sini ada bangunan bazaar 2 tingkat. Ni antara yg dijual - pelbagai jenis keropok ikan, udang, sotong, ikan kering macam2 jenis, ikan bilis macam2 saiz, belacan dan macam2 lagi janji ada kaitan dengan hasil laut.  Harganya murah la jugak. Kami pun borong jugak la ikan kering, ikan bilis, belacan.

Hubby tengah dok pilih2 ikan kering......

Lepas beli belah tu dah lebih kurang pukul 6.15 petang...so boleh la gerak carik kedai makan pulak. Dah sampai tempat macamni kena la try seafood pulak. Secara kebetulan masa ni ada karnival Tg Dawai ..so agak sesak jugak la. Kedai makan seafood berderet2 pilih aje mana yg berkenan.  Lepas order2 ..makan...solat maghrib...terus cabut balik rumah sbb esoknya nak kerja tak boleh la balik lewat. Lagipun dzakwan dah penat dok dlm keta lama2....

Haha.....tak ingat nak ambil gambar sebelum makan....tengok je la pinggan2 ni yer...tinggal tulang ajer....
Overall ok la bagi sapa2 yg nak meronda2 macam kami ni sambil mengisi masa cuti.....

2 Comments

  1. seronoknya berrjalan ke situ.. banyak lah borong ye..

    ReplyDelete
  2. seronok kak yan....borong jugak terutama ikan bilis...kami semua suka makan ikan bilis..hehe

    ReplyDelete