Korang suka rama-rama tak? Seronok kan tengok rama-rama yang berwarna warni terbang sana sini, lepas tu boleh hinggap kat badan, kepala, tangan kita.....
Ni entri tertunda tau....hehhe...cerita masa cuti sekolah yang baru lepas ni. Ada lagi entri tertunda yg lain, pelan2 chik la ceritakan yer. Oleh kerana chik la tak de plan berjalan2 jauh semasa cuti sekolah, chik la dan hubby buat plan untuk ronda2 tempat2 menarik di sekitar utara ajer. Salah satu tempat yg kitaorg pergi ialah Taman Rama Rama di Teluk Bahang, Penang...tak jauh daripada Batu Feringgi. Kat situ ada macam2 spesis rama2 yg dilepaskan. Puas jugak la anak2 mengejar dan cuba menangkap rama2 tu...tp tangkap manja2 gitu jer tak boleh kasar2 nanti mati pulak rama2 tu.
Masuk sini kena beli tiket dulu....lupa pulak berapa RM tp chik la masuk 3 dewasa dan 3 kanak2  dlm RM60++ je....boleh ronda sepuas-puasnya dlm tu.  Korang layan gambar yer....

ni antara rama2 yg chik la sempat rakamkan. Gambar2 ni semua tader tag yer....kalau korang nak copy sila minta izin...minta izin jer bukan kena bayar pun... :)


Hinggap kat tangan afiah. Actually sepanjang chik la ronda dlm taman ni ada jugak terjumpa rama2 yg dah sampai ajalnya...mungkin penat terbang sana sini kot...hehe


Sang rama2 sedang menghisap madu...hmmm manisnyer..hehe


Yang ni bukan rama2 gergasi yer...pokok hiasan yg ada kat situ....pun macam rama2..he

nampak tak kak afiah tengah sibuk cuba nak tangkap rama2...

Ada jugak kolah ikan kat situ yg diliputi oleh pokok ni..pokok kiambang yer..(agaknye la)..nampak tak sekor katak kat situ...sikit punyer besar daaa katak tu...katak batu jer..

Lagi lanskap kat dlm taman ni...ala2 air terjun....sejuk jer suasana kat sini....mesti rama2 suka kan...

Sekerat hari jugak la chik la abiskan masa kat sini sampai lenguh2 berjalan. Ada jugak dipamerkan spesis rama2 yg telah diawetkan, lokasi kat mana kita boleh jumpa sesetengah spesis...memang menarik la tambah2 bila bawak anak2 untuk explore. Pastu kalau korang nak beli cenderahati, pun ada disediakan kedai jual cenderahati...boleh la korang beli dan simpan buat kenangan.


0 Comments